19 Mei 2015

Zaman Tersingkir Dari Kilauan Emas 5 & Drama Senandung Semalam

Assalammualaikum..
Aku ni bukanlah peminat rancangan Kilauan Emas ni tapi kadang2 kalau xde rancangan best yang lain kat Tv lain, aku tengok gak laa Kilauan Emas 5 ni. Tak sangka lak rabu lepas 2 peserta tersingkir terus, salah seorangnya adalah Zaman atau nama penuhnya Shahrulzaman Kamaludin. Die ni abang kepada pengarah dan pelakon Along Kamaludin. Zaman ni pun pelakon gak n tak sangka gak umur die dah 49 kot. Masa die muda2 dulu hensem gak laa die ni hahahaha. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu aku suka sangat tengok drama yang die berlakon. Antara drama yang paling best dan all time favourite adalah drama Senandung Semalam Slot Spektra kot yang tayang kat RTM.

Drama Senandung Semalam ni mmg best giler, sampai sekarang pun dok teringat lagi betapa sweetnyer cite tu hahaha, aku pernah tengok drama tu 2 kali, first masa drama tu tengah hangat ditayangkan dan pas 2 tahun kot RTM ulang balik drama tu dan pastu takde dah. Kalau korang cari kat youtube or search gambar pasal cite ni konform x jumpanyer hahaha sbb drama lama kan n aku pun kecik lagi masa tu. Dalam drama Senandung Semalam ni Zaman atau Shahrul ni lah yang jadi heronyer, pastu pelakon lain adalah Ochee, Rozie Rashid, Sherrie Merlis, Kakak kepada Linda dan Diana Rafar, Liza Rafar kot namanya, pelakon lain memang aku tak ingat dah.

Drama Senandung Semalam ni unik sikit sebab die berkisarkan tentang beberapa kawan baik ni yg jadi deejay radio, jarang ada drama yang mengupas tentang kerjaya menjadi deejay radio, pastu drama ni juga menceritakan tentang persahabatan, cinta tiga segi antara Sharul, Ochee dan Sherry Merlis. Pendek kata drama ni memang best giler, xde ker penerbit drama nak buat remake cite ni hehehe. Drama ni walaupun dah lama dlm tahun 1996/1997 kot ditayangkan tapi still jalan ceritanya masih relevan dengan masa kini. Sape2 yang pernah layann drama ni dulu konform akan cakap bestnyer. Ending drama ni pun sweet jer. Sekarang ni drama2 Tv3 yang popular especially Slot Akasia tapi jalan ceritanya tak habis2 pasal kahwin paksa ish ish ish.
Zaman atau Shahrul masa muda2 dulu..
gambar credit to Google

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Papa PUSS berkata...

Thx for sharing this info.

#jejakblog disini

nor ismail mohd zain berkata...

saya pun minat dengan cerita senandung semalam... camne nak dapat cite tu yea utk buat koleksi..

satu lagi pernah x tgk cerita lambaian kaabah lakonan khalid salleh yg jadik abang sulung membesarkan adik2 sehingga berjaya . cite tu pun best giler...

Related Posts with Thumbnails