-->

15 Mei 2015

Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz Lakonan Adi Putra & Nora Danish

Assalammualaikum..
Bermula 14 Mei ini filem Suami Aku Ustaz lakonan Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmat, Jue Aziz dan ramai lagi akan menjengah ke pawagam. Filem Suami Aku Ustaz ini adalah adaptasi novel terlaris yang tajuknya juga sama. Pengarah filem ini adalah Ghaz Abu Bakar dan Adi Putra. Aku sendiri pun belum baca Novel Suami Aku Ustaz ni n dah kuar versi filem gitu, mesti best ni, tengok dari trailer jer pun dah rasa macam best n sweet. Apapun jangan lupa tengok di pawagam. Meh baca Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz kat bawah ni dulu k..
Sinopsis Suami Aku Ustaz

 Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.
Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!
Gambar & Sinopsis credit to budiey.com..

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • Top 10 Pelakon Wanita Bollywood 201620.09.2016 - 0 Comments
  • Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas - Drama Filipina TV303.11.2016 - 1 Comments
  • 3 Khan In One Stage - SRK, Salman & Aamir Khan17.03.2016 - 3 Comments
  • Bad Guys - Korean Drama Review09.01.2015 - 4 Comments
  • Aaron Aziz Menang Bintang Paling Popular 2013 #ABPBH25.05.2014 - 2 Comments
  • Sweet,Cute n FuNNy Part of JoZaN Sepanjang RaJa Lawak Musim ke-619.03.2012 - 4 Comments
  • KeSaYaNgAnKuuu...BuBun n LoLennn01.12.2009 - 0 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017