24 Mei 2015

Angry Mom - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Angry Mom. Drama ni baru jer habis ditayangkan di Korea awal bulan Mei yang lalu. Drama ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Kim Hee Sun, Ji Hyun Woo, Baro, Lizzy, Ji Soo, Kim Yoo Jung dan ramai lagi. Awalnya aku agak ragu-ragu gak sama ada nak tonton drama ni atau tak, tapi aku try tonton gak dan sememangnya drama ni best okey, rugi tak tengok. Drama ni unik sikit dan lain dari yang lain, jalan cerita die mmg interesting gitu, ada sedih, ada serius, ada kelakar dan penuh pengajaran. Tema utama drama ini adalah pasal isu buli/keganasan yang berlaku kat sekolah2 serta sistem pendidikan yang teruk yang mana diketuai oleh orang jahat yang mengamalkan rasuah dan sebagainya. Memang ramai orang jahat dalam drama ni okey siap terlibat dengan politik semua. Apapun memang berbaloi layannn drama ni.
Memang seronok tengok watak Jo Kang Ja / Jo Bang Wool yang dilakonkan oleh Kim Hee Sun yang merupakan seorang ibu muda yang menjalani hidup tipikal sebagai seorang isteri, menantu dan ibu yang baik. Keadaan mula berubah bila Jo Kang Ja menyamar jadi pelajar sekolah demi menjejaki pembuli anaknya. Comel gak bila Kim Hee Sun jadi pelajar sekolah menengah ni. Keadaan makin kelakar bila Jo Kang Ja terpaksa menyamar dan hari pertama die kat sekolah jer, die dah cari pasal dengan pelajar dan guru lelaki hehe. Ganas kot Jo Kang Ja ni hehe berani gitu. Tapi sedih gak masa permulaan cerita bila die cuba cari penyelesaian kes buli anaknya dengan buat laporan kat polis, kat jabatan pendidikan semua namun tak berhasil kerana dirinya xde bukti kukuh. Kiranya memang sedih giler laa Jo Kang Ja ni bila tak dapat nak melindungi anaknya sehingga die terpaksa ambik tindakan drastik dengan menyamar jadi pelajar sekolah dan menyiasat sendiri apa yang sebenarnya berlaku.
Dalam drama ni gak hero dan heroin nyer tak kan bercinta yer, harap maklum hehehe lagipun watak heroin drama ini sebagai Jo Kang Ja, sudah pun mempunyai suami. Walaupun akhirnya suami die tu akan mati tapi still watak hero dan heroin nyer tak kan bercinta dan diorang kekal jadi macam kawan yang saling tolong menolong. Aku pada awalnya memang tak suka dengan suami Jo Kang Ja ni sebab nampak macam tak berguna jer hahaha tapi aku salah sebenarnya sebab suami Jo Kang Ja tu sangat cintakan Jo Kang Ja dan sayangkan anak tirinya tu serta bertanggungjawab. Cuma mak mertua Jo Kang Ja tu jerlaa yang cerewet sikit hihi. Antara adegan kelakar yang aku suka bila Jo Kang Ja terserempak dengan suaminya kat sekolah tu, kelam kabut Jo Kang Ja bersembunyi takut suaminya perasan die menyamar jadi budak sekolah. Aku tak leh lupa reaksi anak Jo Kang Ja iaitu Oh Ah Ran yang terkejut beruk melihat ibunya memakai uniform sekolah, Oh Ah Ran tu terdiam terus hahaha. Dah la mak dan anak masuk kelas yang sama hihi tapi rasanya hubungan diorang makin rapat sebab ni berbanding dulu.
Walaupun hero dan heroin drama ni tak bercinta tapi still ada watak lain iaitu Go Bok Dong, rakan sekelas Oh Ah Ran yang betul betul dah jatuh cinta dengan Jo Kang Ja ni. Go Bok Dong ni benar-benar menyangka yang Jo Kang Ja / Jo Bang Wool ni adalah pelajar sekolah. Nanti bila die dapat tahu yang Jo Kang Ja atau Jo Bang Wool kesayangannya ni ibu kpd Oh Ah Ran, terkejut besar lah die sebab die dah terjatuh cinta kat makcik2 hahaha tapi Jo Kang Ja ni mmg awet muda x nampak tua pun. Sweetnyer kat sini bila Go Bok Dong terus menerus suka dengan Jo Kang Ja walaupun die dah tahu siapa sebenarnya Jo Kang Ja ni, siap sanggup bahayakan diri sendiri untuk menolong J.Kang Ja. 
Satu lagi watak yang aku suka tengok perubahan positifnya adalah watak Ahn Dong Chil yang merupakan musuh ketat J.Kang Ja. Ahn Dong Chil ni macam gangster besar yang mengawal budak2 sekolah ni. Perubahan positif mula terlihat pada watak Ahn Dong Chil ni bila die yang garang, ganas dan keras kepala mula berlembut hati bila die dapat tahu Anak Jo Kang Ja iaitu Oh Ah Ran adalah anak saudaranya. Die mula start melindungi Oh Ah Ran dan ibunya dari sebarang ancaman orang atasannya yang jahat. Sampai satu tahap sanggup mengkhianati ketuanya demi melindungi keselamatan anak saudaranya itu.
Awalnya ramai yang menyangka Oh Ah Ran sebenarnya adalah anak Ahn Dong Chil tapi di episod akhir drama ni, teka teki mula terjawab bila Oh Ah Ran tu sebenarnya anak kepada adik Ahn Dong Chil yang telah mati. OST drama ni juga best, lagu2 die agak unik sikit, lirik lagu banyak dalam english gitu hehehe. Aku juga suka watak kawan kepada Jo Kang Ja tu iaitu Gong Joo, die ni kira kawan sejatilah sebab sanggup tolong J.Kang Ja masa die tengah susah. Kiranya macam kawan di masa susah dan senang gitu. Terdapat gak watak kawan makan kawan dalam cite ni yang digambarkan menerusi watak Ae Yeon. Memang ramai yang geram tengok Ae Yeon mengkhianati J.Kang Ja sampai dua kali lak tu. Watak Ae Yeon dan watak Do Jung Woo tu adalah watak jahat, diorang berdua ni dah pernah bergandingan sekali dalam drama Bad Guys sebelum ini. Aku juga suka tengok watak hero drama ini sbg Park No Ah yang merupakan seorang guru yang amat baik sekali, berdedikasi serta mengambil berat masalah pelajarnya. Cuma x leh blah masa J. Kang Ja jadi rimas dengan Park No Ah yang sangat ambil berat masalahnya sekaligus mengganggu misinya untuk mencari bukti.
Aku juga suka masa bila identiti Jo Kang Ja terbongkar tu, sebab semua orang masih berada di pihaknya dan sekaligus membantunya. Ini termasuklah Hong Sang Tae anak kepada salah seorang ketua orang jahat tu. Ramai gak yang memuji-muji ending drama ini yang sangat baik dan teratur yang mana kesemua  yang jahat mendapat pembalasan yang sewajarnya. Paling x leh blah bila orang2 jahat ni saling menyalahkan antara satu sama lain di mahkamah, pastu perang mulut kat mahkamah hahaha. Babak paling sedih dalam drama ni mestilah ketika bangunan sekolah tu runtuh dan menyebabkan beberapa orang pelajar mati termasuk suami Jo Kang Ja yang menjadi Kontraktor bangunan tersebut, selain Go Bok Dong juga cedera. Aku sarankan sesape nak tengok drama Korea yang best dan penuh pengajaran bolehlaa tengok drama ni sebab mmg layannn jalan ceritanyer. Aku bagi 4 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

fariza rahman berkata...

macam best...
tapi tak boleh layan sekarang...
nanti semua kerja ke laut.. hehehe

Siti Aisya Ibrahim berkata...

arituh ade dengar jugak orang cerita pasal drama ni...kita xtau lagi nk tengok idok, sebab kita xsuke sngt cerita yng dekat sekolah...tpi jalan cerita dia mcm best plak yer.... :D happy drama watching!

Hana Adlina berkata...

Syok cerita tu..sya dah tgk

Related Posts with Thumbnails