-->

27 Mei 2015

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Padamu Aku Bersujud ini adalah drama terbaru untuk Slot Azalea Tv3. Drama ini mempunyai 24 episod dan bakal menemui penonton bermula 26 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang. Drama ini dilakonkan oleh Syazwan Zulkifli, Leez Rosli, Bil Azali, Shiqin Kamal, Reza Hasbi, Shenty Feliziana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang jalan cerita drama ni penuh pengajaran gitu. Haruslah tengok kan. 

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud

Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaikha memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. 
Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya. Amin telah berkenalan dengan Taufiq yang bekerja di bengkel. Amin mendapat peluang untuk bekerja di bengkel Mr Ooi. Berkat ketekunannya berusaha, siang di bengkel, malam di kolej, Amin berjaya dalam peperiksaannya. Berdirinya Amin Motor ialah puncak kejayaan yang diidamkan Amin dalam hidupnya. 

Namun malang tidak berbau apabila bengkelnya terbakar akibat perbuatan khianat. Amin terpaksa merangkak semula dari bawah dengan bantuan Sakinah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017