31 Mei 2015

Sinopsis Filem dan Novel Langit Cinta

Assalammualaikum..
Filem Langit Cinta adalah filem terbaru arahan Osman Ali yang sebelum ini suksess dengan filem2 hebat seperti Ombak Rindu, Pilot Cafe dll. Filem Langit Cinta berkisarkan tentang percintaan gadis desa dengan jejaka kota. Filem Langit Cinta ini dilakonkan oleh Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha dan ramai lagi. Wahh teruja juga nak tengok gandingan Fazura dengan Keith Foo ni, tambahan lagi Fazura akan melakonkan watak sebagai gadis desa yang baik, cekal, dan tabah dengan segala dugaan yang melanda. Selalunya Fazura kerap kali diberi watak sebagai gadis moden gitu. Khabarnya Filem Langit Cinta ini akan ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun ini. 
Selalunya novel yang akan diadaptasi ke dalam bentuk filem tapi kali ni terbalik sikit sebab Filem Langit Cinta akan diadaptasikan ke novel plak. Novelis terkenal Damya Hanna akan menjadi penulis novel Langit Cinta yang mana Filem dan Novel Langit Cinta ini akan dikeluarkan secara serentak gitu, wahhh best dan unik gitu. Apapun Jom layann sinopsis Filem Langit Cinta kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Langit Cinta

Mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah. Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. Alif terpaksa meninggalkan Khadijah sementara untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi dia sudah tidak pulang2 lagi bertemu dengan Khadijah. Walaubagaimanapun Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan dia hilang ingatan, apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif dapat mengingat semula tentang isterinya Khadijah? Bagaimana pula dengan nasib Khadijah? Adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif dan menerima lamaran orang lain?

Korang juga boleh baca secara online bab 1 hingga bab 17 Novel Langit Cinta ni, kalau nak baca penuh kenalaa beli novel Langit Cinta bila dah ada di pasaran nanti. Klik bawah ni untuk baca online Novel Langit Cinta

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

AlishaAdresia berkata...

Thank for the sinopsis and for langit cinta

Related Posts with Thumbnails