26 Mei 2015

Sinopsis Drama Andai Bumi Tulip Takdirku TV Alhijrah

Assalammualaikum..
Drama terbaru di saluran TV ALHIJRAH iaitu Andai Bumi Tulip Takdirku sudah pun mula bersiaran sejak 19 Mei yang lalu untuk 14 episod. Drama ini dilakonkan oleh Keith Foo, Wawa Zainal, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi dan ramai lagi. Drama ini bersiaran setiap Selasa, jam 10.00 malam dan pengarah drama ini adalah Shirin Khuzaimi. Cantik lokasi shooting drama ni dengan bunga2 tulip tu semua, Pastinya drama ini banyak memberi pengajaran pada kita semua, so jangan lupa tengok k. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Andai Bumi Tulip Takdirku

Keluarga Najwa dan Sufian baru sahaja merancang hari perkahwinan mereka. Namun sebalik berlaku apabila Sufian dan keluarga meninggal akibat kemalangan jalan raya. Pertemuan antara Peter dan Najwa, membuat Peter tertarik dengan personaliti Najwa sebagai seorang muslimah. Tidak lama kemudian Peter mula tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam. Dengan hidayah Allah, Peter memeluk agama Islam. Disamping itu Peter mencari seorang wanita yang selalu ada disampingnya. Sementara itu, Bakhtiar yang kecewa dengan kekasihnya, Mila setelah berkahwin dengan pilihan orang tuanya membuat keputusan membawa diri ke Eropah. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Peter bertemu dengan wanita pilihannya nanti?

“….sekurang-kurangnya, biarlah si dia dapat melihat betapa indahnya Islam melalui perbuatan, perlakuan dan juga kata-kata yang baik dari awak….”




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails