3 Mei 2015

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru Slot Aurora TV9


Assalammualaikum..
Drama Dunia Generasi Baru telah pun bersiaran di Slot Aurora Tv9 sejak beberapa minggu yang lalu. Drama ini akan disiarkan setiap Khamis, 8.30 malam di Tv9 dan mempunyai 13 episod. Drama ini dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Kaka Azraff, Erwin Dawson, Ben Amir, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Drama ni ala-ala macam drama Dunia Baru dulu tu yang pernah popular kat Tv3 dulu, tapi drama ni generasi baru plak la kan hehe. Dulu2 aku memang suka tengok drama Dunia Baru tu, siap ada filem Dunia Baru The Movie lagi tu hehe. Rindu plak dengan pelakon2 Dunia Baru dulu tu. Apapun Drama Dunia Generasi Baru ni pun pastinya menarik, jangan lupa tengok. Apapun jom baca Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru

Mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang memulakan fasa hidup baru di alam universiti. Pada hari pertama di universiti, kebanyakan pelajar ditemani oleh ibu bapanya. Tetapi tidak bagi Norelle, dia lebih gemar berdikari tanpa ditemani sesiapa. Norelle berkenalan dengan rakan-rakan sebiliknya iaitu Siska, Zahra dan Marina. Siska dan Zahra tidak sehaluan kerana mereka berdua telah berebut katil pada hari pertama. Siska ialah anak kepada bintang rock popular, Rio; Zahra pula berasal dari keluarga sederhana dan perlu bekerja separuh masa untuk menampung kos perbelanjaannya.



Norelle juga berkenalan dengan Aman yang cuba mencari alasan untuk tidak mendaftar masuk ke universiti dan menipu ibu bapanya. Aman tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebiliknya, Zuhal dan Rik. Zuhal anak kepada Dato’ Zohari dan Datin Salbi ialah seorang yang ego dan sering menyelesaikan masalah dengan menggunakan duit. Rik pula seorang yang tidak gemar bercerita tentang kisah peribadinya dan dia juga seorang kasanova yang tidak serius dalam hubungan cinta.



Zuhal tidak menyukai Zahra. Dia mencabar Rik untuk memikat Zahra dalam masa yang ditentukan. Jika Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta, vespa Zuhal akan menjadi milik Rik. Adakah rancangan Zuhal untuk mengenakan Zahra berjaya?








♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

ejulz berkata...

mcm best citer ni. :)

ejulz berkata...

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Men terjah entry terkini "Futsal (1 Mei 2015)"

Related Posts with Thumbnails