1 Jun 2015

Sinopsis Filem Darah Panas


Assalammualaikum..
Filem Darah Panas yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Fathia Latiff, Sofi Jikan, Adam Corrie, Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid dan ramai lagi. Filem Darah Panas akan mula menemui penonton di pawagam sekitar anda mulai 4 Jun 2015. Darah Panas sarat dengan pergolakan hidup anak kota. Filem ini bergenre Aksi dan romantik serta diarahkan oleh Arjin Uppal. Filem Darah Panas ini adalah filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd. Apapun jom layan Sinopsis Filem Darah Panas kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Darah Panas

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syahana. Syahana adalah seorang gadis yang berpegang pada agama, namun dia bercita-cita untuk menjadi seorang model Muslimah akibat daripada terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana akhirnya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fandi melalui laman sosial, dan telah meminta bantuan daripada Fandi bagi mencapai cita-citanya. 


Syahana menyatakan hasratnya itu kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Demi untuk meneruskan cita-citanya, Syahana mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun, apabila Syahana tiba di ibu kota, Fandi  membawa Syahana ke dunia pelacuran.

Cicak adalah seorang ketua sendiket pelacuran. Dia juga turut terbabit di dalam sindiket dadah. Cicak telah membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam. Bagaimanakah nasib Syahana ketika berada disana, dan dapatkah Syahana keluar daripada dunia pelacuran?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

budakbandunglaici berkata...

tengok trailer macam menarik je

Mrs Velentine berkata...

mmg kalau tengok mcm best apatah lagi fathia n sharnaz pelakonnya

Arina Shamsul berkata...

sharnaz? waaaa...boleh layan ni..hihihi

btw ok dear..kamu masuk senarai ..nnt bila dah cukup 25 org sy umum kan ye :)

Dayana Bahar berkata...

filem kontroversi Fathia naked ni kan.. huhu...

Related Posts with Thumbnails