-->

11 Jun 2015

Review Running Man Episod 250 With Big Bang


Assalammualaikum..
Tadi baru jer aku tonton episod latest Running Man (episod 250) yang mana guestnyer adalah kumpulan Big Bang. Rasanya memang ramai yang menantikan episod ni, tambah2 ada group popular macam Big Bang yang jadi guestnya, so konform2 lah episod ni memang best kan. Aku suka ketiga-tiga games yang diorang main tu dan kali ni Big Bang akan menentang Ahli Running Man yang lain kecuali Kim Jong Kook, kerana K.Jong Kook masuk dalam kumpulan Big Bang so 6 lawan 6 lah kan, baru adil. 
Game pertama tu pun nampak best n kreatif, lawak betul bila semua pun berpusing bila berjalan atas jam yang berpusing tu, memang huru hara betullah. Part paling best masa diorang nak masukkan kepala dan pecahkan plastik tu guna kepala jer..seksa jer tengok. Tapi lawak laa sebab semua pun berebut siap ada yang gigit-menggigit, tarik kaki dsbnya hehehehe. Game kedua lak diorang main game bola jaring. Game ni lagi gilaa bila team Running Man guna pelbagai taktik untuk kalahkan Kim Jong Kook dan Big Bang hehehe. Paling kesian dalam game ni mestilah KJK, teruk die dikenakan oleh Jaesuk dan Kwang Soo hahahaha. Part GD ngan Kwang Soo asyik berebut bola tu pun lawak. Memang happening giler la episod ni.
Game ketiga diorang racing gitu, lumba kereta, Skill Jaesuk n KJK bawa kereta tu memang terbaik macam pelumba profesional jer. Memang saingan sengit giler masa game ni, part last sekali masa diorang semua berebut nak masuk dalam satu kereta yang sama tu pun lawak. Semua dah ada dalam kereta tu kecuali Kwang Soo ngan Daesung yang masih dok berebut lagi dan last sekali Daesung dapat gak menyelinap masuk dalam kereta dengan bantuan KJK dan Kwang Soo berada di luar kereta. Hal ini menyebabkan team Running Man kalah kerana Seluruh Team Big Bang telah pun berada dalam kereta tersebut dan Big Bang menang keseluruhannya. Apapun RM episod 250 ni memang berbaloi dan seronok ditonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017