2 Jun 2015

Sinopsis Filem Gamatisme Lakonan Nabila Huda & Syazwan Zulkifli

Assalammualaikum..
Filem Gamatisme lakonan Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Ellyas Abdullah, Adeline Tsen dan ramai lagi telah pun ditayangkan di pawagam sejak 28 Mei yang lalu. Apa yang aku perasan filem ni trending di Twitter, bila dah trending memang betullah ramai yang bercakap pasal filem ni best. Jarang aku tengok filem2 Melayu yang tengah ditayangkan di pawagam boleh trending di Twitter, kadang2 jer ada trending. Gamatisme merupakan sebuah filem psiko seram arahan M.Hitler Zami dan merupakan filem ketiga terbitan Pencil Pictures. Gamatisme bermaksud Dunia Kacau, dan apa2 pun jom layan sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Gamatisme

Gamatisme yang bergenre psiko seram mengisahkan kejadian yang berlaku di sekitar sebuah kolej swasta. Ia membabitkan empat sahabat iaitu Haris (Syazwan Zulkifli), Daniel (Wan Elias), Reen (Adelene Tsen) dan Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di asrama mereka sejak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda). Misteri turut menyelubungi Zara apabila dia kerap dihantui mimpi aneh dan sering diganggu seorang wanita mengandung bersama bayinya. Ini menjadikan semakin lama Zara berada dalam kemurungan. Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekatinya dan cuba menyelami perasaan Zara.

Reen yang juga rakan sebilik Zara turut mendekatinya disebabkan rungsing dengan kemurungan Zara. Mereka berempat juga beranggapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara itu berkaitan dengan gangguan yang dialami mereka. Sehinggalah suatu malam Jojo mati dalam keadaan mengerikan di dalam bilik air pelajar lelaki. Pada malam berikutnya, berlaku kejadian yang mengerikan apabila giliran Reen pula menjadi mangsa yang seterusnya. Haris dan Daniel iaitu kekasih Reen cuba untuk menyelamatkan keadaan Reen, namun berlaku perkara yang tidak di sangka-sangka oleh mereka.

Sesuai dengan namanya Gamatisme yang bermaksud dunia kacau, keempat-empat sahabat ini tidak senang duduk apabila dihantui kejadian misteri dan pelik ini.
Paling utama, kesemuanya tertanya-tanya siapakah dan apakah tujuan wanita yang mengandung itu menghantui hidup mereka?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

AinAthirah Anuar berkata...

sinopsis dia macm best . tapi saya tak minat syazwan tu. hehe

Mrs Velentine berkata...

mcm best kn

Karukord jagau berkata...

Sy jarang sngt menonton...pelakon pun x berapa kenal hehehe

sue sue berkata...

Syazwan tu ada Ta** kan...hihi...nabila huda mmg berbakat...pndai berlakon..tapi kalau semata nak tgk wayang..tak la kot...nangis kang firas dok dalam panggung..huhu..




Singgah Blogwalking....:)
jemput baca entri tentang masalah "wanita"
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

Related Posts with Thumbnails