-->

17 Jun 2015

Sinopsis Drama Cik Bunga dan Encik Sombong Astro Prima

Assalammualaikum..
Sempena Ramadhan ini, ada beberapa drama baru yang sedang rancak ditayangkan di Astro, salah satunya adalah drama Cik Bunga dan Encik Sombong. Drama ini dilakonkan oleh oleh Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Roy Azman dan ramai lagi. Drama Cik Bunga dan Encik Sombong ini merupakan terbitan Global Station dan merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya Airisz. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD. Amar Baharin akan melakonkan watak Harris Isqandar manakala Amyra pula akan melakonkan watak sebagai Intan Asnidar. Aku dah tengok beberapa episod drama ni, boleh tahan gak la jalan ceritanya. Apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah.

Sinopsis Cik Bunga dan Encik Sombong

Cik Bunga dan Encik Sombong mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. 



Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. 



Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. 

Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.


Follow my blog with Bloglovin

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017