-->

30 Jun 2015

School 2015: Who Are You? - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk School 2015: Who Are You? yang baru saja habis ditayangkan di Korea pada 16 Jun 2015 yang lalu. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Kim So Hyun, Yook Sung Jae, Nam Joo Hyuk dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk drama ni, korang dah boleh agak kan drama ni berkisarkan tentang apa kan? tapi yang bestnya drama ni die ada unsur-unsur misteri sikit dan suspen gitu. Selain tu drama ni gak susah nak teka endingnya akan jadi camne, pujian juga buat Kim So Hyun kerana dapat bawa 2 watak (kembar) dengan baik sekali. Kim So Hyun adalah nama betul heroin drama ni, takut ada yang tersalah lak atau tertukar dengan nama Kim So Hyun yang pelakon lelaki popular tu. Rasanya ada dekat 4 orang kot pelakon Korea yang nama diorang lebih kurang sama hehe. Kim So Hyun ni bermula dari pelakon kanak-kanak, sekarang ni dah remaja pun n jadi heroin drama dah.
Berbalik pada drama School 2015- Who Are You ni banyak mengupas isu2 dan masalah2 yang berlaku di kalangan pelajar disekolah, contohnya seperti kes buli. Aku suka tengok lakonan watak jahat Kang So Young tu, nampak jahat betul, suka2 hati die jer buli pelajar lain. Memang rasa geram jer tengok gelagat watak die ni. Kerjanya asyik nak membuli jer, lakonan die memang berkesan sebab berjaya buat penonton rasa benci dengan wataknya. Aku juga suka tengok karakter watak Go Eun Byul dan Lee Eun Bi yang merupakan kembar tapi mempunyai perbezaan yang jelas dari cara bercakap dan keyakinan diri contohnya aku suka dengan watak Go Eun Byul yang digambarkan sebagai seorang yang berani, keras kepala, suka berahsia manakala Lee Eun Bi pula digambarkan sebagai yang lemah lembut, sopan, ada prinsip sendiri namun sentiasa dibuli.
Kadang2 aku tension n stress gak tengok Lee Eun Bi yang macam pasrah jer kena buli dengan Kang So Young and the geng tu, bukannya die nak melawan ker aper ni macam redha jer kena buli. Kita yang tengok die kena buli pula rasa geram sebab mudah sangat kena buli, last2 bila dah tak tahan kena buli, boleh plak cuba nak bunuh diri. Lebih stress bila Lee Eun Bi ni releks jer reject Gong Tae Kwang yang bukan main melindunginya dari K.So Young tu. Rasanya ramai yang suka kalau L.Eun Bi terima jer cinta G.Tae Kwang tu kan tapi boleh plak die suka kat Han Yi An yang merupakan kawan baik kembarnyer. Kesian jer kat G.Tae Kwang yang hanya dapat jadi kawan baik L.Eun Bi tak lebih dari itu. Berbanding watak Han Yi An tu aku lebih suka G.Tae Kwang lagi, Han Yi An ni boring, cepat emosi, cepat berubah hati dari G.Eun Byul ke L.E.Bi better lagi Gong Tae Kwang tu yang terus berada disisi L.E.Bi walaupun die tahu L.E.Bi suka pada Han Yi An tu.
Ending drama ni okeylaa, tapi still xde la memuaskan hati sangat sebab ingatkan ada kejutan ker kat episod akhir tapi takde apa sangat. Kang So Young yang kaki buli tu tertekan dengan persepsi orang ramai padanya n die langsung xde kawan, disamping menjadi mangsa kemarahan ayahnya yang garang tu sebab perbuatannya telah menyebabkan ayahnya mengalami masalah untuk memasuki arena politik. Patutnya K.So Young tu harus dapat balasan lagi teruk tapi okeylaa dari takde hahaha. Ending untuk G.Tae Kwang die just jadi kawan baik L.E.Bi jer tapi hubungan dengan ayahnya dah kembali pulih n mesra gitu. Go Eun Byul pula melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Lee Eun Bi dan Han Yi An start bercinta. Tu jer laa endingnyer hehehe tapi dalam banyak2 scene2 aku paling suka scene Go Eun Byul melawan Kang So Young tanpa menggunakan kekerasan pun tapi still dengan stail gitu hihihi.
Selain tu aku juga suka scene yang mana kesemua pelajar membuat kejutan pada guru kelas mereka yang akan berhenti  tu dengan memberikan ucapan pendek dalam sticky note yg berwarna warni dan dilekatkan pada cermin kereta guru kelas diorang tu, touching betul scene ni, mesti guru tu rasa dihargai dan disayangi oleh pelajar2 nya. Bagi aku drama ni berjaya untuk buat aku curious apa yang bakal terjadi dalam next episod, sebab banyak sangat misteri yang belum terjawab. Walaupun jalan cerita drama ni berkisarkan pelajar sekolah tapi still tak membosankan pun sebab ada banyak babak2 best. Adegan2 kelakar dalam drama ni juga sangat best dan lawak diimbangi dengan kisah cinta tiga segi watak2 utama tu. Cuma ramai juga yang frust bila Lee Eun Bi tidak bercinta dengan Gong Tae Kwang tu tapi sebaliknya yang berlaku di episod akhir drama ni. Apapun drama ni kira layannnn juga. Aku bagi 7.5 dari 10 Bintang untuk drama ni.

3 ulasan:

  1. hahaha aku ingat lagi bile aku tengok citer ni.setiap kali kuar babak kang so yong tu aku pun mncarut carut menyampah muke dia yang buruk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu aku lagi setuju kalau ke Eun ni suka si Han Yi an

      Padam
  2. Patutla drama ni member aku recommended giler .Rupanya baru aku tahu Go Eun Byul perangai lebih kurang aku. Dah 5 tahun berlalu akhirnya tahun 2021 baru rajin nak tengk drama ni .Covid punya pasallah layan drama ni.Best jugak drama ni.Cuma asallah Eun Bi tu tk minat dkt Gong Tae Kwang tu .

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017