-->

4 Jun 2015

The Girl Who Sees Smells / Sensory Couple - Sesi Review Drama Korea


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Girl Who Sees Smells / Sensory Couple yang baru saja habis ditayangkan di Korea pada 21 Mei yang lalu. Drama ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Park Yoo Chun, Shin Se Kyung, Namgoong Min, Yoon Jin Seo. Drama ni memang best sebab ianya bergenre Suspen, fantasi, romantik serta komedi, kiranya macam2 adalah hehehe. Awalnya aku macam tak suka dengan gandingan Park Yoo Chun dengan Shin Se Kyung ni sebab sebelum ni dua drama lakonan Shin Se Kyung aku drop lepas tengok beberapa episod awal. Contohnya drama Iron Man yang ada Lee Dong Wook dengan Shin Se Kyung tu, aku suka Lee Dong Wook sebab tu aku tengok drama tu tapi gandingannya dgn Shin Se Kyung tak berapa serasi dan jalan cerita drama tu juga macam tak best gak terus aku tak tengok dah lepas empat episod hehe. Berbeza dengan drama ni, gandingan Shin Se Kyung dengan Park Yoo Chun memang serasi, sweet dan qiut gitu hehehe. Tambahan lagi jalan cerita drama ini juga mantap, penuh suspen gitu, baru tengok episod pertama jer dah rasa best hehe.
Selain itu, aku juga suka dengan lakonan Namgoong Min sebagai Chef Kwon Jae Hee, serasi gak die pegang watak jahat ni, walaupun muka die nampak macam orang baik2 jer dengan senyuman nyer tu hihi. First time aku tengok Namgoong Min berlakon adalah dalam drama My Secret Hotel. Tapi lakonan die dalam drama ni lebih mantap dan ada impak yang kuat gitu. Disamping itu, aku juga suka tengok gelagat para detektif tu yang kelakar dan mesra alam jer dengan watak Oh Cho Rim tu. Uniknya drama ni apabila di episod awal maybe dlm episod 4 atau 6, diorang dah reveal dah siapa penjenayah yang sebenar. Polis sendiri dah mengesyaki Kwon Jae Hee tu cuma diorang xde bukti jer nak tangkap die. Aku juga suka dengan keistimewaan atau kekurangan yang diberikan untuk setiap watak misalnya Oh Cho Rim boleh melihat bau-bauan dengan matanya, manakala watak Choi Mu Gak pulak tiada deria rasa, dan Kwon Jae Hee pula tidak boleh mengingati atau mengecam wajah seseorang, unik kan hehehe.
Drama ni jadi makin menarik bila ada twist tertentu yang berlaku contohnya bila Kwon Jae Hee yang asalnya nak culik Oh Cho Rim tapi leh tersalah culik leftenen Yeon Mi, so part ni mmg best hehehe. Cuma satu jerlaa, aku lebih suka kalau drama ni menceritakan lebih lengkap tentang kehidupan Kwon Jae Hee dari kecil dan bagaimana die boleh jadi pembunuh bersiri Barcode ni. Namun dalam drama ni ada gak scene2 yang bagi aku macam x logik gak contohnya bila watak Doktor Chun Baek Kyung dah dapat tahu yang Kwon Jae Hee adalah pembunuh bersiri Barcode yang dicari-cari polis tu, tapi boleh plak die tak gi terus ker balai polis atau menghubungi secepat mungkin detektif Choi Mu Gak tu, ni boleh plak die gi ker tempat lain, adoiyaii kann x pasal2 dah kena bunuh. Selain tu aku juga x faham motif Dr Chun Baek Kyung meninggalkan klue pada Kwon Jae Hee yang saksi pembunuhan iaitu Choi Eun Seol/Oh Cho Rim masih hidup. Apapun drama ni memang berbaloi untuk ditonton, OST drama ni pun sedap laa gak.
Ending drama ni memang happy ending lah kan, tapi kalau tengok episod 15 korang akan rasa episod tu dah macam ending drama tu tapi ada kejutan gitu masa hujung2 episod bila Oh Cho Rim boleh kena culik plak masa hari perkahwinan die, tragis betul. Episod akhir drama ni siap main bom2 gitu hahahaha tapi aku lebih mengharapkan ada babak2 pertarungan sengit antara Choi Mu Gak dengan Kwon Jae Hee tapi xde sangat laa sebab watak Choi Mu Gak tu asyik pegang pistol jer berbanding lawan direct hihihi. Pastu cara kematian Kwon Jae Hee pun senang sangat, just terjatuh dari bangunan jer hohoho. Apapun drama ni tetap suspen dan seronok menontonnya. Ending drama ni memang sweet jer, yang x leh blah tu bila detektif yang lain asyik dok mencari Oh Cho Rim dan Choi Mu Gak yang tengah bercuti tu bagi menyelesaikan kes2 jenayah dengan menggunakan kelebihan Oh Cho Rim dan kebijaksanaan Choi Mu Gak. Aku bagi bintang penuh untuk drama ni iaitu 5 bintang.
Sinopsis The Girl Who Sees Smells / Sensory Couple

Ketika pulang dari sekolah Choi Eun Seol mendapati kedua ibu bapanya dibunuh, manakala pembunuh berkenaan juga cuba untuk membunuhnya namun die sempat melarikan diri namun dirinya dilanggar kereta lalu koma beberapa bulan. Setelah bangun dari koma Choi Eun Seol hilang ingatan lalu dirinya dijadikan anak angkat oleh seorang polis yang menyiasat kesnya. Sejak dari itu Choi Eun Seol menjadi Oh Cho Rim, die langsung tidak ingat mengenai kejadian pembunuhan yang mengorbankan ibu bapa kandungnya itu. Walaubagaimanapun setelah bangun dari koma, Oh Cho Rim mendapat satu kelebihan lain iaitu die mampu melihat bau-bauan dengan matanya. Secara kebetulan Oh Cho Rim bertemu dengan detektif Choi Mu Gak dan dirinya mula membantu C.Mu Gak dengan kelebihan yg dimilikinya. Manakala C.M.Gak menjadi partnernyer dalam membuat sketsa lawak. Lama kelamaan Oh Cho Rim dan Choi Mu Gak mula saling jatuh hati antara satu sama lain.
Namun siapa tahu, rupa-rupanya kematian adik kandung Choi Mu Gak ada kaitan dengan Oh Cho Rim, pembunuh adiknya serta pembunuh ibu dan ayah kandung Oh Cho Rim adalah orang yang sama. Oh Cho Rim adalah satu2 nya saksi pembunuhan yang masih hidup dan Choi Mu Gak sedaya upaya melindungi Oh Cho Rim manakala pembunuh berkenaan juga berusaha menjejaki Oh Cho Rim untuk membunuhnya. Siapa jangka yang Oh Cho Rim sebenarnya bekerja dan berada dekat dengan pembunuh tersebut selama ini iaitu Chef Kwon Jae Hee. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

2 ulasan:

  1. suka cita nie.. Ayu pun dah abis tgk. now tgh layan who are you school 2015. pun best!!

    BalasPadam
  2. Cant deny . Blade man mmg boring habis . Tak tengok habis pun 😪 . Tapi citer ni best 😍

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017