-->

13 Jun 2015

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum...
Drama Eksperimen Cinta akan mula menemui penonton mulai 13 Jun ini dan akan disiarkan melalui Slot Dahlia Tv3. Drama Eksperimen Cinta ini merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya Anjell. Drama ini akan dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni memang nampak macam best jer drama ni, so kena laa tengok nanti. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017