-->

9 Jun 2015

My Unfortunate Boyfriend - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk My Unfortunate Boyfriend.. yang dilakonkan oleh No Min Woo, Yang Jin Sung, Yoon Hak dan Han Hye Rin. Drama ini mempunyai 16 episod dan baru habis ditayangkan di Korea hujung bulan Mei yang lalu. Tarikan utama drama ni mestilah sebab pelakonnya iaitu No Min Woo yang sebelum ni cemerlang dengan lakonannya dalam drama The Greatest Marriage.. begitu juga dengan heroin drama ni iaitu Yang Jin Sung yang memberikan lakonan terbaiknya dalam drama Bride Of The Century.. Bila kedua-duanya digabungkan jadi hero dan heroin untuk drama ni tentulah buat drama ni jadi best kan. Tambahan tajuk drama ni juga nampak menarik, best dan bergenre romantik komedi. Apapun tu pandangan pertama aku la sebelum tengok drama ni, tapi bila dah tengok drama ni, jalan cerita die biase2 jer dan takde memberikan impak yang kuat yang boleh buatkan kita tertunggu-tunggu episod seterusnya.
Ada yang kata drama ni lawak, tapi bagi aku xdela lawak mana pun, nak senyum pun susah hahaha. Aku memang x leh blah sungguh dengan watak No Min Woo sebagai Yoon Tae Woon tu, innocent sangat n terlampau baik pastu perwatakkan die dh macam budak2 jer, tambah lagi dengan rambut kerinting die tu lagi buat aku menyampah hahaha. No Min Woo tu makin kurus kering aku tengok, aku lagi suka die bawa watak serius or watak jahat berbanding watak yang terlampau baik ni. Di samping itu, watak die macam xde perkembangan jer, tak habis2 dengan pokok bunga die tu jer hahaha. Walaupun die ada bakat dalam business n pernah menonjolkan diri dan menang tapi last sekali die kembali berkebun dan tanam macam2 pokok. Manakala Yang Jin Sung melakonkan watak sebagai Yoo Ji Na, seorang wanita yang materialistik, entah kenapa aku rasa watak ni juga tak sesuai dengan die. Dalam drama ni Yang Jin Sung masih mengekalkan imej rambut pendek, memang qiut je die, kadang2 teringin gak nak tengok die berambut panjang kan. 
Berbanding watak hero dan heroin drama ni, aku lebih suka dengan watak hero kedua drama ni iaitu Yoon Hak sebagai Kang Hee Chul. Watak die pada awalnya mungkin agak sedikit jahat tapi di episod akhir, die akan berubah dan sedar akan kesalahannya. Manakala watak Yoon Tae Woon tu mmg boring habis dan tak banyak perubahan sangat dalam dirinya tu. Ending drama ni memang happy ending lah kan, cuma ending die sedikit bosan dan tidak memuaskan terutamanya untuk watak Yoon Tae Woon tu. Ingatkan last sekali Yoon Tae Woon tu akan berubah menjadi lebih yakin dan beranii serta mula melibatkan diri dalam business bapa saudaranya iaitu di syarikat IM, tapi sebaliknya pula berlaku bila die lebih memilih untuk berkebun dengan pokok bunga segala bagai tu hahhaha. Sape ntah penulis skrip drama ni hahaha agak sayang bila sesebuah drama tu mempunyai pelakon yang hebat tapi jalan cerita agak ke laut dan boring. Aku pun banyak skip part2 yang x best n sempat laa habiskan tengok drama ni.
OST drama ni pun biase2 jer bagi aku, n dalam drama ni xde lagu yang dinyanyikan sendiri oleh No Min Woo. Biasanya dalam drama lakonannya sebelum2 ni pasti ada lagu yang dinyanyikannya sendiri. Apapun aku bagi 1.8 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Sinopsis My Unfortunate Boyfriend

Yoo Ji Na seorang yang materialistik dan sanggup buat apa saja asal mendapat apa yang diinginkannya. Dia akhirnya berpeluang menjadi pekerja pelatih di sebuah syarikat besar iaitu I.M. Yoo Ji Na terpaksa bersaing dengan Hye Mi untuk mengisi satu kekosongan sebagai pekerja tetap di Syarikat terbabit. Yoon Tae Woon pula ditugaskan menjadi penjaga taman dan segala pokok2 yang terdapat di kawasan syarikat berkenaan, malah Y.Tae Woon turut memiliki kedai bunganya sendiri. Seluruh pekerja syarikat berkenaan menggelar Yoon Tae Woon sebagai Mr.Unfortunate dan mempercayai jika seseorang mula rapat dengan Tae Woon maka nasibnya akan turut menjadi malang. Insiden demi insiden mula berlaku yang menyebabkan Tae Woon secara tidak sengaja turut terbabit sama dalam masalah Yoo Ji Na. Awalnya Yoo Ji Na tidak menyukai Tae Woon dan membencinya. Akhirnya secara tidak sengaja Ji Na mengetahui salah satu rahsia Tae Woon, dimana Tae Woon ni sebenarnya seorang yang terpelajar dan bijak.
Yoon Tae Woon turut membantu Yoo Ji Na dalam projek yang ditugas kpdnya dengan memberi idea2 yang bernas. Sejak dari itu Yoo Ji Na mula sedar yang Tae Woon ni sangat baik hati serta lurus orangnya dan membuatkan Ji Na mula ingin berkawan dengannya. Dalam masa yang sama CEO syarikat Yoo Ji Na iaitu Kang Hee Chul mula menyukai Y.Ji Na. Walaupun dalam masa yang sama Kang Hee Chul sebenarnya adalah bakal suami Hye Mi. Yoo Ji Na cuba mengambil hati Kang Hee Chul agar die terpikat padanya. Kang Hee Chul mula berasa tergugat apabila mengetahui identiti sebenar Yoon Tae Woon, yang mana Y.Tae Woon adalah anak saudara kepada boss besar syarikat dan merupakan pewaris kepada syarikat I.M. Kang Hee Chul mula agresif dan cuba memikat Yoo Ji Na untuk mempergunakan Yoo Ji Na dalam strateginya untuk mengalahkan Yoon Tae Woon. Ini kerana Yoo Ji Na merupakan cinta pertama dan sebab sebenar Yoon Tae Woon mula berubah dan menjadi lebih berani. 
Hye Mi pula makan hati dengan sikap Kang Hee Chul yang tidak mempedulikan perasaannya dan terang-terangan cuba memikat Yoo Ji Na. Manakala Yoo Ji Na mula menyukai Tae Woon namun dalam masa yang sama die juga mahukan Kang Hee Chul. Yoo Ji Na mula berasa bersalah dengan Tae Woon atas sikapnya yg pentingkan diri sendiri. Hye Mi mengambil keputusan drastik untuk memaksa Yoon Tae Woon bertanding dan mengalahkan Kang Hee Chul dalam pemilihan sebagai pengarah Syarikat. Ini kerana Hye Mi tidak mahu Kang Hee Chul menjadi semakin tamak dan meninggalkannya jika die menang dalam pertandingan pemilihan pengarah syarikat tersebut. Apa yang bakal terjadi seterusnya?.


1 ulasan:

  1. tak berapa dengan cerita korea ni dik, kalau layan garenti tertido dulu ...hahaah

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017