16 Jan 2015

The Greatest Marriage - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Baru-baru ini aku ada layannn satu drama Korea yang bertajuk The Greatest Marriage yang dilakonkan oleh Park Si Yeon, Bae Soo Bin, No Min Woo dan ramai lagi. Drama ini telah habis ditayangkan di Korea pada penghujung Disember 2014 yang lalu dan mempunyai 16 episod. Drama ni unik sikit hahaha sebab jalan cerita die serta watak2 utama dalam cite ni memang buat penonton geram, marah dan beremosi masa menonton drama ni hehe. Aku sendiri geram jer dengan perangai watak hero cite ni iaitu Park Tae Hyun sangat x matang dan sentiasa bertindak melulu manakala hero kedua cite ni pun 2x5 jer sentiasa pergunakan orang lain untuk mencapai cita-citanya. Walaupun emo jer tengok drama ni tapi jalan ceritanya yang susah nak agak membuatkan kita tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya.
Biasanya drama Korea ni kita boleh juga mengagak endingnyer, tapi untuk cite ni memang sangat susah nak mengagak ending drama ni. Kita tak kan tahu heroin drama ni akan memilih siapa hinggalah ke episod akhir, barulah kita tahu. Apapun aku jangkakan di akhir cerita akan berlakunya perkahwinan antara hero dan heroin untuk sesuaikan dengan tajuk drama ni sendiri, namun ianya tak ditunjukkan dan ending drama ni agak kurang jelas sebab penamat cerita ni tergantung dan memberikan penonton untuk membuat penilaian dan pemahaman sendiri, kiranya open ending gitu. Mungkin endingnya begitu untuk memuaskan hati semua penonton so xdela yg kecewa kalau heroin ni end up ngan hero pertama or kedua.
Dalam drama ni aku paling tension sekali tengok perangai ibu bapa Park Tae Hyun yang sangat giler, sape yang tengok drama ni mesti faham apa yang aku maksudkan ni hehe. Watak Hyun Myung Yi juga sangat annoying sekali bila die jadi jahat sikit, tapi di episod akhir, kita mungkin akan berasa kesian juga dengan watak die ni yang sebenarnya sangat lonely. Begitu juga dengan watak hero kedua cite ni iaitu Jo Eun Cha, die ni bijak dan tahu memanipulasikan orang dan situasi sekeliling untuk memberi manfaat padanya. Watak die juga agak sedikit kelakar juga apabila die marah ataupun gelabah tapi dalam masa yg sama, walaupun die agak pentingkan diri sendiri, die sentiasa ada bila heroin drama ni dalam kesusahan.
Part keluarga Park Tae Hyun dan Cha Ki Young berebut hak penjagaan anak tu juga sangat menyedihkan. Jahat betul diorang nak pisahkan ibu dan anak, memang tension jer tengok kerenah keluarga Park Tae Hyun. Di episod akhir, barulah Park Tae Hyun merasa bersalah giler sebab dah musnahkan segala kebahagiaan Cha Ki Young tu, Apapun drama ni di peringkat permulaan agak biasa jer, namun keadaan mula menarik dan suspen episod demi episod, kita akan jadi tak sabar nak tahu endingnyer camne. Tapi aku x brp gemar dgn perwatakkan dan gaya Park Tae Hyun yg nampak nampak macam lelaki lembut jer hahaha. Jom tengok Sinopsis drama ni..
Cha Ki Young merupakan seorang pembaca berita yang sangat popular, bijak, glamor dan dihormati masyarakat. Dia akhirnya bercinta secara senyap-senyap dengan seorang wartawan yang juga anak orang kaya iaitu Park Tae Hyun. Manakala Jo Eun Cha merupakan senior kpd Cha Ki Young yang bercita-cita ingin menjadi ahli politik namun gagal dalam pilihanraya lalu kembali menjadi pembaca berita semula bergandingan dengan C.K.Young. Akhirnya Cha Ki Young mengandung dan Park Tae Hyun awalnya tidak dapat menerima namun akhirnya mendesak C.K.Y agar mereka segera berkahwin. P.Tae Hyun membawa C.K.Y bertemu keluarganya, namun C.K.Y tidak dapat menahan kerenah dan sikap keluarga Park Tae Hyun yg sangat konservatif dan patriaki itu, lalu membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Park Tae Hyun. 
Disebabkan marah dan egonya yg tinggi P.Tae Hyun akhir memutuskan hubungan dgn C.K.Y. Kemudian P.Tae Hyun menjalinkan hubungan dengan Hyun Myung Yi, pembantu kpd C.K.Y untuk membuatkan C.K.Y cemburu. Namun C.K.Y tidak pedulikan semua itu dan hanya fokus untuk melahirkan dan membesarkan anaknya saja. Sepanjang mengandung dan melahirkan anak, C.K.Y menempuhi semuanya seorang diri, Jo Eun Cha cuba membuatkan C.K.Y untuk berhenti kerja demi kepentingannya namun dlm masa yg sama berasa kesian melihat hidup C.K.Y. Masyarakat mula memandang serong pada C.K.Y seterusnya C.K.Y terpaksa melepaskan jawatannya. Park Tae Hyun berkahwin dengan Hyun Myung Yi namun mereka berkahwin demi kepentingan masing2.
Park Tae Hyun sentiasa mencintai C.K.Y, namun disebabkan egonya yang tinggi, die tidak mempedulikan C.K.Y dengan anaknya itu yang bernama Cha Dan. C.K.Y membesarkan anaknya denan penuh kasih syg, Jo Eun Cha menjadi bapa angkat pada anaknya itu. Keadaan mula kecoh bila family Park Tae Hyun mengetahui Cha Dan adalah cucu mereka yang dirahsiakan oleh C.K.Y dan menyebabkan anak itu menjadi rebutan, sehingga kes itu dibawa ke mahkamah. Pelbagai taktik kotor yg dilakukan oleh family P..T.Hyun untuk mendapat hak penjagaan dan akhirnya mereka menang. Apa yg bakal berlaku seterusnya kenalah tengok drama ni, aku bagi 2.7 bintang dari 5 bintang untuk drama ini.

Baca Entry dibawah ini jugak k..

Review Drama Lakonan Park Si Yeon Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan Bae Soo Bin Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan No Min Woo Yang Terdahulu-


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Muhammad Shahril berkata...

singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .

http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html

norsalihah shaleh berkata...

cita ni open ending ke??? tp berbaloi ke kalau marathon? aritu ada tgok 2 episode masa g mlancong kt korea. tngok kat korea la.. tp xdelah tgok full, tngok skip2 tp faham jugalah apa yg terjadi...hehe.. masa tgok tu episode yg dia dpt tahu dia prgnant n then pergi jmpa parents laki tu pakai mini skirt. n masa tngok mcm mana mak laki tu layan dia, wah!! me n my friends dh rasa eewwww.. smp tolong pakaikan selipar.. pleaseeee...

tp memg rasa mcm nk tgok juga sb nk tahu apa yg berlaku. ok thanks seb sudi review =)

Norsalihah

BaNu Syah berkata...

@norsalihah shaleh yup open ending, berbaloi jer utk tengok sampai habis cite ni, lgipun cite ni akan membuatkan kita suspen n emo jer nanti hehe, so mmg patut tgk.

Related Posts with Thumbnails