26 Jan 2015

Pinocchio - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Pinocchio yang dibintangi oleh Lee Jong Suk, Park Shin Hye dan ramai lagi. Drama ni baru saja habis ditayangkan di Korea pada 15 Januari 2015 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama ini menggabungkan semula pengarah, penulis skrip dengan pelakon Lee Jong Suk dan Kim Hae Sook yang pernah terlibat dalam drama Popular I Hear Your Voice (2013) reunion gitu kann. Drama ni antara drama yang popular dan mempunyai rating yg baik ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang unik dan suspen. Subjek utama cite ni adalah wartawan dan kebenaran, selain itu dalam drama ni terdapat juga elemen kekeluargaan yang menarik disamping elemen percintaan.
Dari komen2 yang aku baca ramai juga yang memuji lakonan Park Shin Hye yang dikataan lebih baik dalam drama ni termasuklah keserasiannya dengan hero drama ini iaitu Lee Jong Suk. Wataknya sebagai Choi In Ha yang mempunyai Sindrom Pinocchio iaitu tidak boleh menipu juga sangat unik dan menarik bagi aku kerana setiap kali Choi In Ha menipu die akan tersedu, dan penipuannya akan menjadi tidak berjaya. Lakonan Lee Jong Suk sebagai Choi Dal Po/Kim Ha Myung juga cemerlang, banyak secene2 yang menyayat hati yang membabitkan wataknya. Antara scene yang best tentulah scene yang memabitkan dirinya dan abang kandungnya tu. Pertemuan dua beradik yang telah lama terpisah namun ianya tidak lama kerana perbuatan jenayah abangnya perlu didedahkan. Aku suka tengok Scene CDP/Kim Ha Myung dengan abang die tu, sweet, tragis dan sedih.
Drama ni memang banyak scene sedih okey, scene misi balas dendam untuk Mak In Ha iaitu Song Cha Ok tu pun best, CDP/K.Ha Myung berusaha untuk mencari dalang sebenar serta membongkar kebenaran disebalik kematian ayahnya dulu. Ingatkan Mak Seo Beom Joo tu baik sebab nampak peramah jer rupanya sebaliknya, die ada sisi gelapnya yang sengaja disembunyikan. Selain banyak scene2 yang sedih dan suspen, terselit gak scene2 kelakar dalam drama ni antaranya aku suka tengok reaksi CDP/K.H.Myung yang terkejut dan marah2 manja kat ayahnya yang selalu suka curi2 duit dalam tabung die tu hehehe, adoii lawak betul. Seterusnya aku suka gak tengok perwatakkan ayah In Ha yang suka marah2 In Ha tu hehe, seronok tengok kerenah family Choi In Ha ni. Part Dal Po/Ha Myung nak tinggalkan rumah untuk berpindah ke rumah abang die tu sedih jer, sebab semua pun sedih n nangis.
Kerenah para wartawan yang bekerja di YGN dan MSC tu juga menarik dan lawak. Lee Bo Young dan Yoon Sang Hyun yang memegang watak sebagai peguam bela dalam drama I Hear Your Voice turut membuat special appearance dalam drama Pinocchio ni, namun Lee Bo Young hanya meminjamkan suaranya saja hehehe. Ending drama ni semestinyalah Happy Ending, tapi kesian gak kat watak Seo Beom Joo sebab mak die jahat, Apapun memang berbaloi tengok drama ni, tambahan lagi penulis skripnya juga adalah orang yang sama yang menulis skrip I Hear Your Voice. Bagi yang belum tengok bolehlaa tengok cite ni nanti tak pun tengok je kat Tv di Channel One tu dan aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca Gak Entry di bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Lee Jong Juk Suk yang Terdahulu:

Review Drama Lakonan Park Shin Hye yang terdahulu:




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

norsalihah shaleh berkata...

dh download hbes tp blm ada msa nk marathon :-)

zinziemeewah

Related Posts with Thumbnails