29 Jan 2015

Birth Of A Beauty - Korean Drama Review



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Birth of a Beauty lakonan Han Ye Seul, Jo Sang Wook, Jung Gyu Woon, Wang Ji Hye dan ramai lagi. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea pada 11 Januari 2015 dan mempunyai 21 episod. Drama ini bergenre Romantik Komedi. Semua pelakon utama Birth of a Beauty ni ada muncul jadi guest untuk episod 219 Running Man. Seronok tengok diorang dalam RM tu sebab semuanya sporting habis n kelakar, berbeza dengan karakter watak diorang dlm drama Birth of a Beauty ni hehehe. Han Ye Seul kembali berlakon setelah kontroversi yang berlaku dalam dramanya sebelum ini. Wang Ji Hye memang selalu diberikan watak jahat dalam kebanyakkan drama hehe. 
Aku suka tengok Jung Gyu Woon berlakon walaupun die pegang watak jahat dalam drama ni hehehe manakala Jo Sang Wook pula memang cemerlang dengan drama2 yang bergenrekan Romantik Komedi ni. Agak kurang gemar melihat diskriminasi yang berlaku terhadap orang yang berbadan besar dalam drama ni. Ini jelas kelihatan dalam watak Sa Geum Ran ketika masih gemuk, x leh blah tengok die jatuh tergolek dalam bas pun xde sape yang tolong, kejam giler kann. Pastu dengan layanan keluarga mertua die yang buat die macam orang gaji dan layan die mcm sampah. Tu belum masuk lagi dengan suaminya yang kahwin dengan die sebab harta pastu curang lagi n then cuba bunuh die lak tu. Kadang2 geram gak dengan Sikap Sa Geum Ran yang terlalu baik hati tu sampai kena tindas sedangkan die ada jer ilmu pertahankan diri macam Judo tapi still terlampau baik sesangat.
Aku sangat suka melihat reaksi watak Jo Sang Wook sebagai Han Tae Hee, reaksi dan perwatakkan die dlm drama ni sangat cute dan kelakar. Reaksi die yang cuba menidakkan yang die sudah jatuh cinta pada Sara tu sangat lawak okey hehe. Die mmg sesuai sangat dengan watak2 komedi macam ni mahupun watak serius. Seronok tengok misi2 balas dendam yang dilakukan oleh Sara dan H.Tae Hee untuk membalas dendam pada Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Jalan cerita drama ni menghiburkan, cuma bila masuk episod 16 camtu, jalan cerita drama ni mula jadi serius dan sedikit meleret-leret. Mulai episod tu jalan cerita mulai jadi sedikit boring bila Sara dipaksa untuk tinggalkan H.Tae Hee untuk menyelamatkannya dari sebarang ancaman. So mulalah part Sara jauhkan diri tapi still ambil berat pada H.T.Hee. Apapun memang part ni boring terus aku skip2 jer hehehe.
Ending drama ni still happy ending gitu, yang jahat semua dapat balasan yang setimpal. Apapun aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Apapun Jom Layan Sinopsis drama ni kat bawah k.
Sa Geum Ran seorang yang baik hati, namun kebaikannya itu dipergunakan oleh keluarga mertuanya, dirinya dilayan seperti sampah. Suatu hari Geum Ran mendapat tahu yang suaminya Lee Kang Joon curang dan mempunyai affair dengan announcer terkenal yg bernama Gyo Chae Yeon. Sa Geum Ran tidak dapat menerima hakikat yang suaminya ingin bercerai dengannya lalu mengugut suaminya untuk mendedahkan skandal suaminya dengan Gyo Chae Yeon pada semua. Lee Kang Joon mengekori kereta yang dipandu Sa Geum Ran dan cuba membunuhnya. Akhirnya kereta yang dipandu S.G.Ram terbabas dan jatuh ke dlm laut. Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon berpakat dan merahsiakan perkara sebenar. Semua menyangka Sa Geum Ran membunuh diri namun Sa Geum Ran tidak mati sebaliknya dirinya pergi berjumpa dan merayu dengan Han Tae Hee yang disangkanya seorang Pakar Bedah Plastik.
Disebabkan Han Tae Hee juga mempunyai motif tertentu, dia bersetuju untuk membenarkan Sa Geum Ran menjalani pembedahan plastik seluruh badan. Akhirnya Sa Geum Ran menjadi orang baru, dirinya menjadi sangat cantik, kurus dan menukar namanya kepada Sara. Sejak itu Sara tinggal dengan Han Tae Hee dan mengikut segala arahan Han Tae Hee padanya. Akhirnya Sara dan Hae Tae Hee berpakat untuk menggagalkan perkahwinan Lee Kang Joon dan Gyo Chae Yeon. Dengan wajahnya yang baru dan cantik, Sara mula menggoda suaminya Lee Kang Joon dan L.K.Joon tidak tahu yang Sara adalah isterinya lalu mula terpikat sedikit demi sedikit pada Sara. Manakala Han Tae Hee pula ingin mendapatkan cinta Gyo Chae Yeon. Namun atas desakan dan ugutan Gyo Chae Yeon, die dan Lee Kang Joon tetap berkahwin. Maka Sara dan H.T.Hee mengubah plan untuk membuatkan mereka bercerai pula.
Akhirnya Sara mendapat tahu yang Lee Kang Joon memang ada niat untuk membunuh dirinya ketika die masih menjadi Sa Gem Ran dulu, dan ini menyebabkan Sara berasa sangat sedih dan akhirnya membuat keputusan untuk membuatkan L.K.Joon ditangkap atas tuduhan membunuh Sa Geum Ran. Han Tae Hee pula mula berasakan yang dirinya kini jatuh cinta pada Sara. Ketika cinta Sara dan H.T.Hee bersemi, Gyo Chae Yoon mendapat tahu identiti sebenar Sara. Keadaan mula menjadi rumit apabila musuh Han Tae Hee iaitu Han Min Hyuk yang juga Boss pada Lee Kang Joon turut suka pada Sara. Setelah sekian lama, akhirnya Lee Kang Joon juga turut mendapat tahu yang Sara sebenarnya adalah Sa Geum Ran dan mereka masih lagi suami isteri kerana belum bercerai. Apa yang bakal seterusnya kenalah tengok drama ni hehehe.
Baca Jugak yer Entry kat bawah ni k..

Review Drama Lakonan Jo Sang Wook yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Jung Gyu Woon  yang terdahulu:

Review Drama Lakonan Wang Ji Hye yang terdahulu:



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Jazz Lover berkata...

Cantik-cantiklah pelakon dye. Semangat pulak nak tengok tapi sekarang saya tengah tengok cite pinocchio.

Read my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend

budakbandunglaici berkata...

macam seronok je kalu tonton ni

norsalihah shaleh berkata...

dh habis downloaf tp blum tgok lg.. sekrg ni xsempat nk marathon drama. bz buat apa ntah...hehe
tp memg suka jo sang wook juga...hensem n machoooooo...over tak...hehe

zinziemeewah

Related Posts with Thumbnails