-->

5 Jun 2015

Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Hidayahmu Ramadan adalah drama terbaru Tv3 untuk Slot Samarinda. Drama ini dilakonkan oleh Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama Hidayahmu Ramadan ini mempunyai 17 episod dan sudah pun mula ditayangkan di tv3 mulai 4 Jun yang lalu. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang nampak macam best jer drama ni n jalan cerita die macam sedih gitu dan banyak pengajaran. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan

Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela menerima Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyayangi Hidayah seperti teman istimewanya.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017