-->
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega 2016. Papar semua catatan

1 Mei 2016

RM500,000 Milik Bocey - Final MLM2016

Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2016

Assalammualaikum..
Bocey menepati ramalan apabila berjaya merangkul Juara Maharaja Lawak Mega 2016, Bocey mengikut jejak langkah juara2 terdahulu seperti Osbon, Jozan, Sepahtu dan Zero. Di Final MLM2016 ini Bocey bersaing hebat dengan 3 finalis lain iaitu Joras (Naib Juara), Puteh (Tempat Ke-3) dan LoL (Tempat Ke-4). Rasanya ramai yang berpuas hati dengan kemenangan Bocey ini kerana diorang sentiasa konsisten tiap2 minggu. Finalis lain juga memberi saingan dan all out di pusingan akhir ini yang diadakan di Johor. Aku juga berpuas hati dengan keputusan final MLM 2016 ini. Apapun kalau ada Maharaja Lawak Mega lagi di tahun2 akan datang, moga lebih ramai pelawak2 popular atau pun juara terdahulu join lagi, baru lah best n makin sengit hehe. Apapun tahniah Bocey, moga terus suksess..
Jom Baca ni jugak --> Power Rangers Live In Malaysia!..
Read More »

12 Mac 2016

Cham Tersingkir Di Minggu Ke-7 MLM2016


Assalammualaikum..
Berakhir sudah minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2016 yang bertemakan Muzikal Komedi. Rata2 kumpulan mendapat 4 dan 5 Ha daripada juri. Walaubagaimanapun selepas beberapa minggu kurang menyerlah dan sentiasa di bottom three akhirnya kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul terpaksa akur dengan penyingkiran mereka. Entah kenapa kump Cham gagal menyerlah di MLM2016 ni mungkin kerana baru bergabung setelah sekian lama tidak bertemu menyebabkan mereka kurang serasi. Sedangkan aku masih ingat lagi, betapa best dan menyerlahnyer diorang ketika di Raja Lawak Musim Kedua dulu. Sayangnya diorang gagal mengulangi prestasi cemerlang diorang ketika di RL2 dulu di MLM ni, sedangkan kump Cham antara kump yang dinanti-nantikan oleh penonton untuk MLM2016 ni.

Apapun maybe di MLM akan datang, diorang akan lebih best ker kan, hope pasni tak payah lah nak berpecah ker ape, just terus kekal bersama jer..Good Luck Cham. Dalam banyak2 sketsa, aku suka gak sketsa pasal persahabatan dari kump LOL tu n Isa Bora memenangi Man Of The Match minggu ni. Apa agaknya tema untuk minggu depan yer?


Read More »

5 Mac 2016

Bos Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2016 (Minggu Ke- 6)

Assalammualaikum..
Di minggu ke 6 Maharaja Lawak Mega 2016 menyaksikan kumpulan Bos yang dianggotai oleh Ajo, Abu dan Ezad Lazim tersingkir. Kumpulan Saywho dan kumpulan Cham juga berada dalam kedudukan bottom three pada minggu ini. Cham menjadi satu2 nya kumpulan yang mendapat 2Ha dari juri manakala kump Enjen dan Rayza mendapat 5Ha dari juri untuk minggu ini. Kebanyakan kumpulan mendapat 4Ha / 3Ha dari Juri. Tema Majlis menjadi tema minggu ke-6 MLM2016 ini. Rahim (Joras) dinobatkan sebagai Man Of The Match pada minggu ini. Kebanyakan peserta agak cemerlang pada minggu ini. 

Sketsa dari kumpulan Puteh, Rayza, Enjen, Joras dan Bocey menjadi kegemaran aku. Bocey dan juga Joras agak konsisten dari segi prestasi dan lawak mereka setiap minggu. Muzikal Komedi menjadi tema untuk minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)

Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..
Read More »

27 Feb 2016

Shake Tersingkir - Maharaja Lawak Mega 2016

Assalammualaikum..
Di minggu ke-5 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan Shake yang dianggotai oleh Mie, Bell Ngasri dan Amir tersingkir. Kumpulan Saywho dan kumpulan Bos turut berada dalam kedudukan bottom three. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah peribahasa, ternyata tema ini agak senang juga sebab ramai peserta berjaya memberikan persembahan yang agak baik juga. Kebanyakan peserta mendapat 4Ha atau 3 Ha daripada Juri. Bunga Citra Lestari kembali menjadi juri di minggu kelima ini selepas 2 minggu tidak ada di MLM2016 ini. Antara peribahasa yang menjadi pilihan peserta adalah seperti indah khabar dari rupa (Rayza), masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum (Bocey), dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (Bora), Air dicincang tidak akan putus (Joras) dan banyak lagi.

Abam Bocey sekali lagi menjadi pilihan untuk memenangi Man Of The Match. Unik betul baju Dato Ac Mizal haahaha, baju die memang paling win hehehe siap ada jerung kat sebelah baju muahaha. Sketsa kumpulan Bora masa dekat2 nak last baru okey yang masa awalnyer agak bosan, rasanya aku paling suka dengan sketsa kumpulan Bocey kot hehehe. 

Read More »

20 Feb 2016

Xola Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-4

Assalammualaikum..
Nampaknya di Minggu ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan XOLA tersingkir. Xola dianggotai oleh Wan Wala bersama dengan One dan Chot (xoxo). Selain Xola, kumpulan Puteh dan Cham turut berada dalam kedudukan bottom three manakala tema untuk minggu ke 4 ini adalah Komedi Bermoral yang mana peserta perlu buat sketsa yang mengaitkan tentang aspek kebersihan. Tema untuk minggu ini agak susah juga sebab sketsa semua peserta akan memfokuskan tentang kebersihan sekaligus membuatkan lawak mereka agak sama antara satu sama lain, begitu juga dengan kostum dan props. Secara tak langsung menjadi sedikit bosan, manakala kategori Man Of The Match turut diwujudkan semula dan Abam Bocey menjadi pemenang pertama untuk Man of the match untuk minggu ke-4.

Nora Danish menjadi Juri Jemputan untuk minggu ini, manakala Johan dan Sharnaaz Ahmad pula menjadi Chief Lawak, dimana diorang berdua akan memberikan komen pada persembahan peserta menerusi Twitter. Tak leh blah gimik Astro kononnya Johan bergabung dengan Sharnaaz jadi Jonas untuk join MLM hehehe. Kumpulan Xola, Shake dan Cham mendapat 2Ha dari Juri dan Kump Bocey mendapat 5 Ha dari juri Nora Danish, rasanya 4 Ha pun dah okey kot, cuma aku x faham sangat moral yang disampaikan kump Bocey tu? Binatang tak boleh ada dalam troli? kebersihan ker tu? Vegetarian ker hehehe. Kump Cham pula gagal menyerlah, sketsa diorang kurang lawak, banyak menjerit pastu pukul2 sana sini. Hope minggu depan Kump Cham akan bangkit sbb dah bbrp minggu sketsa diorang kurang lawak. Apapun Good Luck untuk semua peserta.

Read More »

13 Feb 2016

Chilok & Kavin Tersingkir Di MLM2016

Chilok dan Kavin Tersingkir Di MLM2016

Assalammualaikum..
Semalam berlangsungnya minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) dan menyaksikan Kumpulan Chilok dan peserta solo Kavin tersingkir. Rayza juga turut berada di kedudukan bottom three. Tema Minggu ke-3 adalah Bollywood dan menyaksikan kebanyakkan kumpulan memaparkan watak2 perempuan dan bagi aku sketsa yang disampaikan kesemuanya agak klise dan stereotype kat situ. Tambahan lagi pemilihan lagu2 bollywood/ hindustan yang dipilih peserta pun kebanyakannya asyik2 lagu Kuch-Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Ghum dan lagu2 dari filem SRK yang lain. Ikutkan ada banyak kot lagu bollywood yang best2 tapi diorang guna lagu yg sama jer. Juri tetap Bunga Citra Lestari tidak ada di MLM minggu ini dan diganti dengan juri jemputan iaitu Scha Alyahya.

Dalam banyak2 group aku paling suka dengan persembahan / sketsa dari kump Bora walaupun diorang juga berpakaian seperti perempuan tapi sketsa diorang agak lawak juga. Kumpulan Bora, Joras, LoL dan Bocey mendapat 4Ha dari Juri manakala kumpulan Bos, Kavin dan Chilok mendapat hanya 2 Ha dari juri. Selebihnya mendapat 3 Ha dari Juri. Hope next week akan ada lebih banyak sketsa yang best2 dari peserta. Tema apa agaknyer minggu depan..?

Jom Baca Ini juga ➔ Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense?
➔ Cara Melariskan Jualan Tudung Yang Anda Jual!!
Read More »

6 Feb 2016

Awok Tersingkir - Maharaja Lawak Mega 2016

Assalammualaikum..
Minggu Kedua Maharaja Lawak Mega 2016 menyaksikan Kumpulan Awok tersingkir selepas 2 minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terbawah. Kumpulan Awok dianggotai oleh Ain, Filzah dan Ayie gagal memikat penonton dan juri dengan lawak yang mereka sampaikan. Walaupun nampak diorang berusaha bersungguh-sungguh namun lawak diorang kurang menarik dan ramai sudah menjangkakan Kump Awok akan tersingkir awal. 4 Kumpulan mendapat 4 Ha dari juri adalah kump LoL, Joras, Bos dan Rayza. Kump Enjen tu aku dah lupa diorang dapat 3 or 4 bintang hehehe. Manakala Kavin dan Chilok berada dalam kedudukan bottom three. 

Banyak kumpulan yang dapat 3Ha jer dari juri. Rasanya untuk minggu kedua MLM2016 ini aku paling suka dengan sketsa dan lawak dari kumpulan JORAS. Memang menjadi perwatakkan orang giler tu haha, punchline diorang pun mmg meletop hahaha. Kump LoL pun not bad gak, menarik gak sketsa Rayza pasal isu malas dan rajin tu. Kump Bos paling x leh blah part seluar terkoyak haha, Paling tertunggu-tunggu mestilah tang part Ezad menyanyi tu haha walaupun sekejap jadilah kan.

Read More »

28 Jan 2016

15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)

Assalammualaikum..
Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 kembali menemui penonton bermula 29 Januari ini. Nampaknya untuk edisi kali ini banyak kumpulan terutamanya yang otai2 dan popular seperti Sepahtu, Nabil, JOZAN, Shiro, Zero tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 ini. Jihan, Yassin, Shahrol Shiro, juga tidak memasuki untuk MLM edisi 2016 ini. Banyak kumpulan baru yang dibentuk untuk memasuki MLM kali ini. Disebabkan penarikan diri kumpulan2 lawak popular lain maka banyaklah tempat kosong dan tidak ada lagi Hot Seats seperti kebiasaannya. AC Mizal masih lagi menjadi pengacara tetap untuk MLM2016 ini. Juri2 untuk MLM kali ini juga masih dirahsiakan. 

Senarai Lengkap 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)
1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)

2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) CHAM (Azrul / Along)
4) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)
5) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)

6) BOCEY (Achey / Fad / Abam)

7) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)

8) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)

9) BORA (Isa / Yan / Mamat)

10) PUTEH (Mamak / Ali)

11) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)

12) XOLA (One / Chot / Wan Wala)

13) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)

14) REZA MUKMIN (Peserta Solo)

15) KAVIN JAY (Peserta Solo) 

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017