13 Feb 2016

Chilok & Kavin Tersingkir Di MLM2016


Assalammualaikum..
Semalam berlangsungnya minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) dan menyaksikan Kumpulan Chilok dan peserta solo Kavin tersingkir. Rayza juga turut berada di kedudukan bottom three. Tema Minggu ke-3 adalah Bollywood dan menyaksikan kebanyakkan kumpulan memaparkan watak2 perempuan dan bagi aku sketsa yang disampaikan kesemuanya agak klise dan stereotype kat situ. Tambahan lagi pemilihan lagu2 bollywood/ hindustan yang dipilih peserta pun kebanyakannya asyik2 lagu Kuch-Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Ghum dan lagu2 dari filem SRK yang lain. Ikutkan ada banyak kot lagu bollywood yang best2 tapi diorang guna lagu yg sama jer. Juri tetap Bunga Citra Lestari tidak ada di MLM minggu ini dan diganti dengan juri jemputan iaitu Scha Alyahya.

Dalam banyak2 group aku paling suka dengan persembahan / sketsa dari kump Bora walaupun diorang juga berpakaian seperti perempuan tapi sketsa diorang agak lawak juga. Kumpulan Bora, Joras, LoL dan Bocey mendapat 4Ha dari Juri manakala kumpulan Bos, Kavin dan Chilok mendapat hanya 2 Ha dari juri. Selebihnya mendapat 3 Ha dari Juri. Hope next week akan ada lebih banyak sketsa yang best2 dari peserta. Tema apa agaknyer minggu depan..?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails