18 Feb 2016

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Tundukkan Playboy Itu merupakan drama terbaru untuk Slot Akasia Tv3 menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner..yang telah tamat episodnya. Drama Tundukkan Playboy Itu dilakonkan oleh Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal, Uqasha Senrose sebagai Nurin Arissa, Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan akan mula disiarkan mulai 17 Febuari ini. Rasanya semua pun tahu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Tundukkan Playboy Itu..karya Anjell. Ni first time aku tengok Uqasha Senrose berlakon jadi watak utama untuk Slot Akasia. Tak sangka juga Tv3 pilih Uqasha jadi heroin sebab die kan banyak kontroversi sebelum ini. Maybe watak Nurin tu sesuai kot dengan Uqasha, apa2 pun sama2 laa kita tengok nanti. Apapun jom baca Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu
Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya. Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz. Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz. Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz. Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin? 
OST / LAGU TEMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu

Artis : Siti Nordiana & Aliff Aziz



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata...

baca sinopsis dah macam best..tak tau la pulak dramanya mcm mana..so kita nantikan saja hari ni yer.

Emyr berkata...

Sekarang ni watak-watak Playboy bnyk permintaannya ya.. haha..

Mrs Velentine berkata...

best tapi x sempat nak follow

Related Posts with Thumbnails