-->

25 Feb 2016

Sinopsis Drama Uda Dan Dara (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Uda & Dara akan disiarkan mulai 24 Februari ini menggantikan drama Memori Cinta Suraya..yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Uda Dan Dara karya Aisya Sofea. Drama ini dilakonkan oleh Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman, Siti Saleha sebagai watak Siti Mariam, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-Idrus, Dynaz Mokhtar sebagai (Kak Yah), Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis dan ramai lagi. Drama Uda dan Dara ini mempunyai 60 episod dan merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd. Rasanya ni kali pertama aku tengok Zul Ariffin digandingkan bersama Siti Saleha, hope drama ni best macam drama2 sebelum ini. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Uda Dan Dara
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman. Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Lagu Tema / OST Uda Dan Dara
Terima Aku Seadanya Nyanyian Misha Omar & Hafiz Suip


2 ulasan:

  1. Cerita dari Novel....Tahun bila tak ingat...tapi habis baca jugak lah...Boleh tahan lah ceritanya.....Hope cerita ini tak panjang sangat macam berita suraya...

    http://dihujungpen.blogspot.my/2016/02/soalan-ujian-sains-tahun-4-kssr-2016.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017