15 Feb 2016

Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Assalammualaikum..
Novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell akan diadatasikan menjadi drama di Slot Akasia yang akan disiarkan di Tv3 mulai 17 Feb ini. Watak Nurin dalam novel tundukkan playboy itu akan dilakonkan oleh Uqasha Senrose manakala untuk watak Harraz Naufal akan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi. Dijangkakan drama 30 episod Tundukkan Playboy Itu akan menjadi kesukaan ramai. Apapun sambil2 tengok drama tu nanti, jom baca jugak sinopsis novelnyer kat bawah ni k
Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

AinAthirah Anuar berkata...

alaaaaaaa cinta si wedding planner dah nak hbis. pelakon dia mcm emm la cerita baru ni. huhu. jangan kecam sis. shelamt pagi !

Mrs Velentine berkata...

macam best tapi pelakon erm

Related Posts with Thumbnails