-->

13 Feb 2015

Sinopsis Drama Tabir Zulaikha Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Tabir Zulaikha mengisi Slot Samarinda Tv3 dan telah pun bersiaran pada penghujung Januari yang lalu. Drama Tabir Zulaikha ini dilakonkan oleh Tasha Shilla, Aiman Hakim, Aidil Aziz, Shah Jaszle, Watie Sadali dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 18 episod. Ada dua drama Tasha Shilla yang sedang hangat ditayangkan di Tv sekarang ini iaitu drama ini Tabir Zulaikha dan Nasuha di Tv9. Apa pun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Tabir Zulaikha

Ain Zulaikha (Tasha Shila) satu-satunya anak Zamrin dan Salmi. Zulaikha sangat cantik dan juga bijak sehinggakan pengurus kepada bapanya, Datuk Aziz (Datuk Jalaludin Hassan) dan Wan Rozita juga menyayanginya, Sebelum kematian Wan Rozita, beliau meminta Zulaikha supaya berkahwin dengan Datuk Aziz. Oleh kerana budi, keluarga Zulaikha bersetuju. Zulaikha terpaksa korbankan cintanya terhadap Adami (Aiman Redza), dia anak angkat kepada datuk aziz dan terpaksa menerima pelbagai dugaan termasuklah dari anak Wan Rozita, Feroz (Aidil Aziz).

Read More »

12 Feb 2015

Sinopsis Drama Keluarga Karaoke

Assalammualaikum..
Drama terbaru yang bertajuk Keluarga Karaoke akan mula ditayangkan di Astro Mustika HD dan Astro Bella, bermula 9 Febuari ini pada setiap Isnin hingga Rabu. Drama ini turut dibintangi oleh ramai pelakon antaranya Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Elyana, Beego, Aidil Aziz, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan merupakan terbitan KL Motion. Drama Keluarga Karaoke ini mempunyai 60 episod. Jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Keluarga Karaoke

Drama Keluarga Karaoke ini mengisahkan tentang kehidupan keluarga Puan Maria yang terpaksa melalui saat sukar selepas kematian suaminya. Puan Maria (Raja Ema) beserta tiga orang anak perempuannya iaitu Azura (Sherry Ibrahim), Baizura (Elyana) dan (Elfaeza Ul-Haq) amat terkejut apabila mendapati arwah suaminya meninggalkan hutang sebanyak RM10 Juta dan sebuah Pusat Karaoke. Sejak itu, bermulalah pergolakan hidup seorang isteri dan tiga anak perempuannya yang perlu melunaskan hutang itu dan menyelongkar rahsia di sebalik kewujudan pusat karaoke berkenaan. 

Drama ini memberi fokus kepada kehidupan berkeluarga tetapi bertemakan 'rahsia' di mana semuanya terungkap selepas kematian si suami.
Read More »

9 Feb 2015

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Teman Lelaki Upahan adalah drama terbaru untuk Slot Akasia bagi menggantikan Drama Istikharah Cinta yang telah pun berakhir. Drama Teman Lelaki Upahan ini merupakan adaptasi daripada Novel dan dilakonkan oleh Siti Elizad, Ungku Ismail, Izara Aishah, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof yang juga merupakan pengarah yang sama untuk Drama sebelum ini iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ramai yang cakap Novel Teman Lelaki Upahan ni sangat best so rasanya drama ni pun mesti dapat sambutan hangat nanti kan. Apapun Jom Layan Sinopsis Drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan mengisahkan El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin. Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam


Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL
. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. 

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?


Read More »

Lagu Tema (OST) Drama Delina - Knock Knock Nyanyian Elizabeth Tan

Assalammualaikum..
Jom Layan lirik dan lagu Knock Knock nyanyian Elizabeth Tan yang merupakan lagu tema Drama Delina.

Lirik Lagu - Knock Knock

Bulan bintang kau janjikan
Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu
Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tahu
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama
Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum

Empat, ulangi dari satu



Read More »

8 Feb 2015

Nabil Bersara Dari Sertai Maharaja Lawak Mega Akan Datang


Pelawak dan Hos MeleTOP Nabil Ahmad, memberitahu bahawa tahun 2014 adalah tahun terakhir dia menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM). Katanya, keputusan itu adalah muktamad kerana dia ingin memberikan fokus pada bidang lain pula. “Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”
“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.
Walaubagaimanapun, Nabil tetap berpuas hati berada di tempat ketiga kerana baginya kerana persaingan pada malam akhir MLM begitu sengit.
“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.
Sementara itu, selepas tamatnya MLM 2014, Nabil akan mengacarakan pula program bual bicara yang dinamakan ‘Ini Malam Kita Punya’.

Read More »

7 Feb 2015

12 Fakta Tentang Kumpulan Zero (Juara Maharaja Lawak Mega 2014)



1. Zero merupakan Naib Juara Raja Lawak Musim Ke-6
2. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga dipikul 3 beradik ini.
3. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar.
4. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka - perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga.
5. Syaiful berhenti sekolah semasa tingkatan satu bagi membantu menyara kehidupan keluarga
6. Ketiga-tiga adik beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil - diajar oleh bapa mereka.
7. Dari silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik.
8. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang lebih baik.
9. Syaiful, kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul.
10. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong.
11. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.
12. Mereka mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk menghantar ibu mereka menunaikan umrah dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.
Apa pun, tahniah buat Zero


Read More »

2 Feb 2015

Jang Bo Ri Is Here! - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Ini adalah kali kedua aku tengok Drama Korea yang mempunyai episod yang agak banyak selepas drama Wonderful Mama. Biasanya aku jarang layan drama2 yang banyak episod ni kecuali kalau drama tu best. Drama Jang Bori Is Here (2014) ni mempunyai 52 episod, tapi aku xdela tengok semua sebab aku akan skip scene2 yang tak berapa best. Sebab utama aku tengok drama ni adalah kerana drama ni menang anugerah Drama Terbaik disamping beberapa pelakon drama ini turut menang anugerah dan drama ini juga popular di Korea serta mendapat Rating yang sangat tinggi disana. Jadi ianya membuatkan aku tertarik nak tengok drama ni sebab nak tahu best sangat ker drama ni hehe. Bila dah tengok drama ni memang layann gituu best, aku suka tengok lakonan Lee Yoo Ri yang pegang watak jahat dalam drama ni, selain itu die sangat comel dan cantik, sayangnyer die pegang watak jahat ler plak.
Dalam drama ni aku hanya kenal hero die jer iaitu Kim Ji Hoon yang sebelum ni pernah berlakon bersama Park Shin Hye dalam drama Flower Boy Next Door, seterusnya aku kenal pelakon yg pegang watak Moon Ji Sang tu sebab sebelum ni die pernah berlakon dlm drama Bride Of The Century. Heroin drama ini adalah Oh Yeon Seo dan ini adalah kali pertama aku tengok die berlakon. Hero dan Heroin drama ini iaitu Kim Ji Hoon dan Oh Yeon Seo pernah jadi Guest dalam Running Man episod 218 manakala Lee Yoo Ri pula muncul dalam episod Running Man 213. Drama ini berlatarbelakangkan pembuatan baju tradisional Korea yang dikenali sebagai Hanbok, yang mana berlaku perebutan diantara menantu sulung dan menantu bongsu untuk mewarisi pembuatan baju Hanbok dari Ibu Mertua mereka. Pertandingan dijalankan untuk menentukan siapa yang terbaik untuk mewarisi dan menjadi ketua. Pelbagai peristiwa pahit yang berlaku semasa pertandingan ini dan menyebabkan tragedi besar berlaku.
Pelakon kanak-kanak dalam drama ini juga cemerlang dalam lakonan masing2 aku paling suka lakonan budak yang melakonkan watak Yeon Min Jung semasa kecil tu, memang berkesan betul, dari kecik dah nampak jahatnyer hahaha. Seterusnya budak yang melakonkan watak Bi Dan, memang terbaik lakonan die siap menang anugerah gitu. Selain itu, aku agak tension juga dengan watak Mak angkat kepada Bo Ri/Eun Bi yang merupakan mak kandung pada Yeon Min Jung. Mak Angkat Bo Ri ni selalu buat tindakan ikut cakap anak kandung die, walaupun Min Jung tu agak jahat gak tapi die still ikut jer apa yg Min Jung tu nak sedangkan Bo Ri ni punyalah baik n sygkan mak angkat die. Sape yang tengok drama ni mesti stress tengok perangai mak angkat Jang Bo Ri ni.
Selain itu aku suka gak tengok perangai bapa kepada Lee Jae Hwa tu, die ni sangat garang dan tegas dengan anak lelakinya tapi kalau anak perempuan atau cucu perempuan, die punyalah lembut hati dan baik hahaha x leh blah part die bermain kapal terbang kertas dengan Bi Dan tu habis bersepah satu rumah hahaha last2 Y.Min Jung yang kena kemas semua hehe. Watak Jang Bo Ri ni digambarkan sebagai seorang yang kasar, tidak begitu lawa namun baik hati. Aku tak leh blah part Jang Bo Ri berambut kerinting tu hihi bila die dah berambut lurus baru nampak lawa tapi still die tetap kasar, kesian Lee Jae Hwa selalu kena buli dengan Bo Ri hehe.

Drama ni memang suspen, setiap episod penuh dengan suspen dan akan buat kita tertunggu-tunggu episod yang seterusnya. Apapun aku suka drama ni n aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Meh tengok Sinopsis drama ni kt bawah k..
Jang Eung Bi/ Bo Ri merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan keluarganya. Ibu Eun Bi begitu fokus untuk bersaing dengan Mak Cik Eun Bi dalam pertandingan Han Bok sehingga menyebabkan kemalangan berlaku dan meragut nyawa Pak Cik Eun Bi. Eun Bi menjadi saksi kejadian namun tanpa disengajakan Eun Bi hilang dalam kejadian berkenaan. Eun Bi yang baru berusia 8 tahun panik apabila mendapati dirinya kini sendiri, dia yang merayau-rayau di jalan telah dilanggar lori yang dipandu oleh Do Hye Ok. Akibat kemalangan itu, Eun Bi hilang ingatan dan menganggap Do Hye Ok adalah ibu kandungnya dan Yeon Min Jung sebagai kakaknya. Y.Min Jung yang benci hidup dalam kemiskinan telah bertindak meninggalkan ibu kandungnya Do Hye Ok dan berpura-pura sebagai anak yatim.
Y.Min Jung akhirnya telah berjaya mendapat biasiswa dan menjadi anak angkat kepada bapa dan ibu Eun Bi yang telah kehilangan anak mereka. Yeon Min Jung tidak mengetahui yang Eun Bi sebenarnya adalah Bori yang kini dijaga oleh ibunya. Eun Bi/Bo Ri kini dewasa dan membantu ibu angkatnya di kedai makan. Secara kebetulan Eun Bi bertemu dengan Song Ok Soo yang merupakan makciknya sendiri namun mereka tidak kenal antara satu sama lain, Song Ok Soo seorang yang mahir dalam membuat Hanbok lalu Eun Bi menjadi anak muridnya. Yeon Min Jung kini menjadi sangat obses dengan duit, die berusaha sedaya upaya agar ayah dan ibu angkatnya tidak dapat mencari anak kandung mereka iaitu Eun Bi. Y.Min Jung sentiasa menipu semua orang untuk mencapai matlamatnya. Y.Min Jung telah berlaku kejam kepada Ex-Boyfriendnyer iaitu Moon Ji Sang dan kini M.Ji Sang kembali untuk membalas dendam pada Y.Min Jung.
Ayah angkat Y.Min Jung mengetahui identiti sebenar Bori dan usaha Y.Min Jung untuk menghalang dari identiti Bori terbongkar gagal, malah Y.Min Jung juga gagal menghalang perkahwinan abang iparnya Lee Jae Hwa bersama dengan Eun Bi/Bo Ri dan kini Eun Bi menjadi Kakak iparnya dan mereka terpaksa tinggal serumah. Yeon Min Jung berusaha keras agar penipuan die selama ini tidak terbongkar kerana die bimbang jika suaminya Lee Jae Hee menceraikannya jika semua penipuannya terdedah. Namun Moon Ji Sang sentiasa menghantui Y.Min Jung, M.Ji Sang sentiasa mengagalkan segala rancangan Y.Min Jung dan akhirnya Y.Min Jung bertindak cuba membunuhnya. Apa yang bakal seterusnya kenalaa tengok drama ni hehehe..Ending drama ni sedih juga tapi still happy ending gitu.
Baca gak Entry kat bawah ni k..

Review Drama Lakonan Kim Ji Hoon yang terdahulu:
Review Drama Lakonan Sung Hyuk yang terdahulu:



Read More »

1 Feb 2015

Ikhtiar

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017