-->

11 Sep 2011

ULaSaN:NovEL YaNg Ku CaRi-Mimie Afinie

Hari Jumaat yang sudah,aku baru je habiskan membaca NoveL yang bertajuk Yang Ku Cari karya Mimie Afinie..aku suka membaca hasil tulisan Mimie Afinie nih..sebelum2 nih pun aku dah baca novel die seperti Bila dah Suka, Kalau dah Jodoh dll..n mmg enjoy sgt membacanya..kadang2 leh tersenyum sendiri membacanya..so ulasan aku untuk novel terbarunya ni adalah jeng jeng jeng..hehe..mcm biasalah aku suke laa..jalan cite kali ni mungkin lebih dramatik sikit..n byk kejutan jugak..haha..walaubagaimanapun jalan cite novel ini berakhir dgn Happy Ending =)novel2nya terdahulu mungkin lebih kelakar skit..tpi kali ni lebih dramatik n byk melibatkan ikatan kekeluargaan Cina+Melayu,konflik cinta dan sebagainya..so tak rugi laa kalau nak membelinya dan membacanya..

SiNopSis NoVeL~Yang Ku CaRi~
ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?

ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?
BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?
HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.
YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.


P/S-petang tadi sempat menonton P.Ramlee The Musical kat tv.first time aku tgk..boleh tahan la.

2 ulasan:

  1. x faham mana sinopsis yang diberi..huhuu...

    BalasPadam
  2. ye ke?actually sinopsis yg ada dlm entry sAYA tuh adalah sinopsis yg original yg saya copy paste jer..sinopsis tuh mmg sama mcm di kulit buku novel tersebut..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017