Sempat bersms dengan teman lama..dh lama kami tidak berbual dan bertemu..jadi bertanyakan khabar menjadi soalan wajib dariku padanya..
Dulu kami mmg rapat..bukan hanya dengan dia,seluruh keluarga dia mengenali ku..hahaha lantaran namaku sering disebutnya.
X lama lagi dia akan mendirikan rumahtangga..banyak kali die berpesan padaku agar menghadiri hari bahagianya kelak..
Aku juga begitu teruja hendak datang ke majlisnya..bak kata orang tanpa ku mana lengkap kenduri kahwinnya nanti ;)
Pastinya ramai yg akan bertanya dan berteka-teki jika aku tidak hadir..
Apabila member rapat nak kahwin kita plak yg teruja/over terlebih tau..hehe
Warna tema sudah ku ketahui..walau yakin ada warna tuh..tapi masih x pasti hehe.
Dan di kendurinya nanti pastilah kelibat2 teman lama juga akan ku jumpa..
Kalau setakat senyum je dan berbahasa basi tidak apa juga..
Yg x best bila mereka mengaju soalan2 maut pada ku..arghhhh nih yg paling menyampah aku nak jawab grrrrrrr..tambah2 soalan2 tuh datangnya drp org yg sudah berpengalaman..pendek katanya diorang nih sume dh kawin la..ada la anak seorang dua tiga dan byk lg.
Sesape yg bujang tuh kire xpela kan nak sembang havoc mcmmna pun kan..
Emmm rindu plak masa bersama-sama dulu..kami berdua jarang bergaduh..sebab sekepala..namun mungkin die lebih sopan, feminine, up to date, cakap lemah lembut…tpi bila naik angin hahaha lebih kurang mcm aku gak la jadinya hehehe..bak kata orang dimana ada dia disitulah ada aku.. kalau salah seorang xde mesti ada je yg akan bertanya ke mana gerangan sorang lg pergi…kalau nak ponteng sekolah ke ape ke mesti dirancang sama2 hehehe..rindu masa kami sama2 tunggu bas berjam-jam..berjalan kaki dari sini ke sinun..sebelum sempat sampai ke rumah..kedua-dua kami akan serbu kedai air dulu..untuk beli Milo Ais..hehe..sampai la kakak yg buat air tu cam muka kami dua orang..kuat betul daya ingatan kakak tuh..walau dh berapa tahun berlalu..kakak tuh masih cam kami berdua lagi..
Tu belum masuk bab kejar bus sbb dh terlewat hehe..begitu juga mengutuk sapa2 g cari pasal dgn kami dua org masa kiteorg berjalan-jalan untuk pulang ke rumah..x lupa sempat juga bukak payung tau untuk berjalan meredah kepanasan bahang matahari..begitulah rutin kehidupan aku dgnnya dulu
Musuh dia adalah musuh aku juga..begitulah sebaliknya..dia ni juga susah nak naik marah dgn sesape pun dan sering berbaik sangka pada kwn2nya..di hujung minggu selalunya kami kuar berdua mahupun ramai2 menyerang Komtar dan Prangin hehehe…makan2 di restoran favourite kami berdua..berjalan-jalan..
Ternyata hobi,minat dan pilihan kami agak sedikit berbeza..namun ianya x membawa perubahan besar..masing2 saling menerima kelebihan dan kekurangan..walaubgmnpun masa dan jarak sering menjadi penghalang pda sesuatu prhubungan prsahabatan..ketika aku ke KL..kami berpisah sbb dia x dpt bersamaku ke kl..mungkin tiada rezekinya waktu tu..
Maka aku ke KL dan mendapat teman2 baru yg juga baik giler dan mcm2 ragam..namun dia tetap diingatan..namun sekali sekala bejauh hati juga padanya kerana sukar untuk mengajaknya keluar sama seperti dulu2..sehinggala kini jarang bersua muka..tambahan lagi sudah mahu bergelar isteri org x lama lgi maka makin sukar jadinya kerana kesibukan membataskan waktu..namun semua tu aku anggap lumrah kehidupan..walau jarang bersua..memori itu segar diingatan..kenangan itu abadi selamanya.
Siapa gerangan kawan yg aku ceritakan..sesiapa yg mengenali aku pastinya mengenali kawan aku nih..hehehe..tapi kwn2ku masa kat KL pastinya x kenal la kan, walaupun kadangkala aku ada menyebut nama dan menunjuk gambar kawan aku nih kt diorang..pastinya diorang pun x ingat dh hehe..
JawaPaN yAng SesUai biLa ditanYa teNtang PerKaHwiNan..
~KeNapa LamBat KahwiN?~
-:Kerana Allah tahu maSa yang teRBaik untukkU.
~SudaH BeRpuNya?~
-:Ya…Kerana setiap oraNg teLah ditetapkAN JodoH maSing-Masing.
~SiaPa oRaNgnya?~
-:Nanti akaN dipeRkenaLkan.
~BiLa nak diperKenalkan?~
-:BiLa kaMi daH diijaBkabuLkan oLehNya*Insyaallah…JemPut DataNg ke WaLimatUL uRusKu nanti.
~JaNgan SeLaLu berTaNya BiLa oRang tu Nak Kahwen keRana SemuaNya terLetak di taNgan ALLAH,kita hanya mampu merancang tetapi Dia sahaJa yang MenenTukan~..
Kita doakan yang terbaik..aminnn.. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.