-->

1 Ogo 2016

Alice : Boy From Wonderland - Korean Movie Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Filem / Movie Korea yang aku dah tonton iaitu Alice: Boy From Wonderland. Ikutkan dah lama juga tonton movie ni, tapi baru sekarang ada masa nak buat reviewnyer. Filem Alice: Boy From Wonderland ni dah release sejak Disember 2015 lagi dan dilakonkan oleh Hong Jong Hyun, Jung So Min, Jung Yeon Joo, Lee Seung Yeon, Park Hyun Suk dan ramai lagi. Sesuai dengan tajuk filemnyer, jalan cerita filem ini memang ada misteri2 sikit, seram dan cinta namun banyak juga scene yang tak logik dan tak masuk akal hehe. Movie ni akan buatkan korang berfikir sedikit dan ending die juga tak jelas, maknanya memang korang kena berfikir dan buat ending sendiri, namun filem Alice: Boy From Wonderland masih menghiburkan, suspen, dan buat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi?. Aku takde masalah dengan hero dan heroin movie ni, rasanya diorang sesuai dan berjaya bawa watak masing2. Bila tengok Jung So Min ni teringat plak kat Yoon Eun Hye, ramai cakap wajah diorang ni nak sama, ada iras2 gitu.
Aku suka dengan elemen2 seram dan suspen yang ada dalam movie ni, ceritanya bermula dengan Hye Joong yang hilang semua ingatannya ketika berusia 4 tahun dan dirinya kerap diganggu dengan mimpi ngeri yang berulang-ulang. Atas nasihat seorang bomoh, Hye Joong dikehendaki untuk pergi ke sebuah Villa yang dikenali dengan nama Wonderland dan Villa berkenaan pernah didiami oleh keluarga Hye Joong 24 tahun yang lalu, dan die perlu menyelesaikan misteri mimpinya itu dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau die gagal menyelesaikan misteri mimpinya itu, maka die akan mati. Di Villa tersebut, Hye Joong bertemu dengan Hwan, Soo Ryun dan seekor Arnab Putih. Hwan kelihatan gembira dan suka bertemu Hye Joong berbeza pula dengan Soo Ryun yang kelihatan benci betul dengan Hye Joong. Aku awalnya konpius gak apa hubungan Hwan dan Soo Ryun ni, ingatkan diorang ni kekasih dan mungkin Soo Ryun ni cemburu bila Hwan nak rapat dengan Hye Joong, rupanya bukan, Soo Ryun tu sebenarnya emak Hwan, seriously bukan main muda mak Hwan ni hehehe.
Hwan kelihatan cuba nak melindungi Hye Joong dari ibunya Soo Ryun yang ingin membunuh Hye Joong. Hye Joong cuba menyiasat misteri di Villa tersebut namun gagal, die juga langsung tidak mengingati apa yang terjadi di villa berkenaan ketika die berusia 4 tahun. Kat sini dah boleh agak yang Hwan tu sebenarnya adalah hantu / Roh begitu juga dengan ibunya. Part tak leh blah sekali bila Hye Joong dan Hwan tu boleh terjatuh cinta bagai la plak hahaha sedangkan diorang ni adik-beradik sebenarnya. Rupa-rupanya Soo Ryun tu orang gaji kat Villa tu dulu n ada affair dengan bapa Hye Joong dan kemudian lahirlah Hwan. Hye Joong yang berumur 4 tahun ketika itu, bermain-main dengan pisau kemudian membunuh Hwan yang masih bayi. Soo Ryun pula membunuh dirinya sendiri selepas kehilangan Hwan. Part yang tak logik tu, boleh plak Roh Hwan yang masih baby tu membesar menjadi lelaki kacak hahaha pastu tersuka plak dengan kakaknya sendiri yang membunuhnya.
Roh Soo Ryun (ibu Hwan) bertekad nak membalas dendam dan ingin membunuh Hye Joong namun berjaya dihalang oleh Hwan. Rasanya ni semua salah Soo Ryun jugak sebab ada satu scene tu, Hye Joong yang masih kecil ada bertanyakan soalan tentang luka di jari Soo Ryun akibat terkena pisau tu namun jawapan Soo Ryun pada Hye Joong yang masih kecil tu tak berapa logik dan mungkin itulah yang buatkan Hye Joong berani bermain dengan pisau sekaligus membunuh Hwan. Lepas tu boleh plak die salahkan Hye Joong seratus peratus, sedangkan die kecik lagi masa tu. Tapi memang ngeri gak laa fikir dan tengok budak 4 tahun boleh membunuh bayi tu. Rasanya semua pun komen benda yg sama sebab macam tak percaya yang Hwan adalah Roh yang boleh membesar kemudian boleh plak bercinta dengan kakak sendiri, sedangkan penyebab dan cara kematiannya ketika masih bayi pun dah tragik giler. Bila Hye Joong dah ingat semuanya, memang die sedih gilerlah kan, Hwan pula mengajak ibunya untuk pergi dari situ dan meninggalkan Hye Joong sendirian.
OST Filem ni aku dah tak berapa ingat, best ke tak lagu2 dalam cite ni, entahlaa, aku rase ost cite ni biase2 jer kot. Ending filem ni berakhir dengan kedatangan Hwan di Kolej Hye Joong. Hwan bernyanyi dan bermain gitar dan Hye Joong ternampak Hwan dan juga arnab putih di dalam sangkar dan kemudian filem ni tamat. Aku pun tak dapat nak mengagak apa yang jadi sebenarnya masa ending tu, adakah Hwan tu dah jadi manusia? boleh plak tetiba datang situ hahaha. Ending filem ni memang pening sikit hahaha. Apapun filem ni masih seronok dan best untuk ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. 

1 ulasan:

  1. selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017