-->

2 Jul 2016

Episod Akhir Cinta 11 Syarat

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat

Assalammualaikum..
Drama Cinta 11 Syarat dah pun tamat episodnya pada 1 Julai yang lalu dan akan digantikan dengan drama Rumi & Jawi bermula 4 Julai ini. Namun nanti akan ada Telemovie Cinta 11 Syarat Raya yang akan disiarkan pada 4 Syawal nanti. Tak silap akulah kan Drama Cinta 11 Syarat agak sedikit berbeza dengan novelnyer, maybe diorang ubah sikit untuk jadi lebih sesuai disiarkan di TV. Jalan Cerita drama Cinta 11 Syarat lakonan Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly dan Syamin Azlah agak menarik juga. Aku rasa watak psiko Sharie lakonan Iqram Dinzly tu memang berkesan betul hehehe, menjadi lakonan die tu, pelakon lain pun best2 gak. Di episod akhir Cinta 11 Syarat ni menyaksikan adik Rasya iaitu Hana telah mengetahui pakatan jahat Sharie dan Jaslene lalu mengugut mereka untuk mendedahkan segalanya kepada abang iparnya iaitu Haziq. Sharie seterusnya menculik Hana lalu mengurungnya di suatu tempat, keluarga Hana dan juga orang kampung berusaha untuk mencari Hana. 
Hubungan Haziq dan Rasya masih dingin dan diorang berpisah buat sementara waktu. Namun kejadian penculikan Hana ni membuatkan mereka kembali menjadi rapat. Jaslene mula berasa bersalah pada Haziq dan Rasya, melihatkan perangai psiko Sharie yang semakin teruk membuatkan Jaslene berterus-terang pada Haziq dan Rasya tentang Sharie yang menculik Hana serta berjanji untuk membantu mereka. Kemudian Jaslene cuba mengumpan Sharie untuk memberitahu lokasi tempat persembunyian Sharie dan mangsa culiknya Hana sebelum bergegas ke tempat tersebut untuk cuba menyelamatkan Hana. Namun Sharie juga berada disitu dan sedar yang Jaslene juga dan berpakat dengan Haziq dan Rasya lalu Sharie cuba mencederakan Jaslene, namun polis tiba tepat pada masanya dan Jaslene terselamat namun cedera ringan. Setelah semua selesai Haziq dan Rasya bergegas ke Klinik untuk melihat keadaan Jaslene, namun Jaslene dah pergi dari situ dan meninggalkan nota ringkas buat mereka berdua.

1 ulasan:

  1. Ala... tertinggal last episod tapi oklah tahu jugak bila baca ni. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017