-->

9 Dis 2017

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku (2017)

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku Lakonan Ayda Jebat & Shaheizy Sam

Filem Pinjamkan Hatiku telah pun mula disiarkan di pawagam pada 30 November 2017 yang lalu dan filem Pinjamkan Hatiku ini merupakan filem pertama Ayda Jebat yang akan melakonkan watak Laila Safitri. Antara Pelakon Filem Pinjamkan Hatiku ini adalah Shaheizy Sam sebagai watak Naufal, Farid Kamil sebagai watak Doktor Hasnan dan dibantu dengan pelakon - pelakon lain seperti Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda dan ramai lagi. Selain itu, filem ini bergenre romantik dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Aurawhite Global Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Production. Ramai juga yang memuji filem ini dan mengatakan jalan ceritanya sedih dan boleh membuatkan penonton menitiskan air mata. Disamping dengan sinematografi indah yang terdapat dalam filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye.
Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila Safitri yang menghidap penyakit yang membawa maut. Ketika pulang ke kampung halamannya, Laila bertemu semula dengan Naufal yang merupakan rakan zaman kanak-kanaknya. Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Naufal tiba-tiba hilang. Selepas peristiwa tersebut, Laila berkahwin dengan doktornya yang bernama Doktor Hasnan, walaupun hati Laila hanya untuk Naufal. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan menawan hati Laila Safitri sedangkan hati Laila hanya ada Naufal? 
Lagu Tema / OST Pinjamkan Hatiku
➔ Pinjamkan Hatiku Nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. but im not a fan ayda jebat. huhu

    BalasPadam
  2. dah tgok. mmg best! cerita air mataa. hahaa

    BalasPadam
  3. Walaupun filem ini ada kaitan dlm hidup sya sendri ttapi sya berusaha mbuang ingatan itu sbab dia bukan jadi mlk sya x sabar nak tngok sbab dantara kmi hnya mminjam sja...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017