-->

11 Feb 2019

Review Drama Korea Goodbye To Goodbye

Goodbye To Goodbye, Parting Left, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Goodbye To Goodbye, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea 2018, 2018 MBC Drama Awards, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun, Poster Drama Korea Goodbye To Goodbye, Melodrama,
Goodbye To Goodbye - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Goodbye to Goodbye / Parting Left yang disiarkan di channel MBC dan mempunyai 40 episod, dimana setiap episod hanya setengah jam saja. Kalau gabung jadi sejam, maknanya drama ini mempunyai 20 episod gitu. Antara pelakon drama Korea Goodbye To Goodbye ini adalah Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun dan ramai lagi. Drama Korea Goodbye to Goodbye ini release pada 26 Mei 2018 dan tamat episodnya pada 4 Ogos yang lalu serta drama ini disiarkan bagi menggantikan drama yang bertajuk My Husband Oh Jak Doo dan kemudian akan digantikan dengan drama Hide and Seek lakonan Lee Yoo Ri, selain itu drama ini adalah adaptasi daripada web novel. Aku tertarik nak tengok Korean Drama Goodbye to Goodbye ini sebab jalan ceritanya yang dekat dengan realiti masyarakat masa kini. Di samping itu aku nak tengok apa yang akan terjadi pada 2 watak utama drama ini iaitu Seo Young Hee lakonan Chae Shi Ra dan watak Jung Hyo lakonan Jo Bo Ah serta bagaimana ending drama ini nanti. Lebih menarik bila drama ini banyak menang anugerah dalam 2018 MBC Drama Awards, dimana Chae Shi Ra menang Best Actress untuk kategori weekend special project drama. Manakala Jo Bo Ah menang Excellent Actress, Jung Hye Young menang Best Supporting Actress, Jun pula menang anugerah Best New Actor dan pelakon kanak - kanak drama ini iaitu Shin Bi menang Best Child Actress.
Goodbye To Goodbye, Parting Left, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Goodbye To Goodbye, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea 2018, 2018 MBC Drama Awards, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun, Poster Drama Korea Goodbye To Goodbye, Melodrama,
Drama Korea Goodbye To Goodbye ini mengisahkan tentang Seo Young Hee (lakonan Chae Shi Ra) yang tinggal seorang diri di apartmentnya. Dia telah berpisah dengan suaminya Han Sang Jin (lakonan Lee Sung Jae) kerana suaminya curang dan ada anak dengan perempuan lain. Walaubagaimanapun Seo Young Hee belum bercerai dengan suaminya lagi secara sah. Seo Young Hee sebenarnya tidak mahu bercerai dengan Han Sang Jin kerana bimbang suaminya itu tidak akan memberi duit padanya lagi. Di samping ingin memberi pengajaran pada perempuan yang merampas suaminya itu iaitu Kim Se Young (lakonan Jung Hye Young). Dimana Kim Se Young tidak akan dapat dapat berkahwin dengan Han Sang Jin selagi Han Sang Jin masih bergelar suami Seo Young Hee secara sah. Malah Kim Se Young  juga akan kekal dengan status perempuan simpanan dan tidak dapat menerima duit gaji Han Sang Jin selagi Han Sang Jin masih bergelar suami Seo Young Hee. Seo Young Hee yang putus asa dengan hidupnya serta suami dan anaknya gemar mengurung diri di rumah. Barang - barang makanan akan dihantar oleh adik iparnya ke rumahnya. Selain itu Seo Young Hee juga sering diganggu dengan kehadiran Kim Se Young yang kerap mengamuk di depan rumahnya kerana marah apabila dirinya tidak mahu bercerai dengan Han Sang Jin. Sementara itu Jung Hyo (lakonan Jo Bo Ah) merupakan seorang gadis remaja yang ceria dan juga cantik, dia mempunyai seorang ayah bernama Jung Soo Chul (lakonan Jung Woong In) yang sangat menyayangi dirinya serta obses dengannya. Tak lama kemudian Jung Hyo mengandung dan teman lelakinya iaitu Han Min Soo (lakonan Jun) tidak mahu bertanggungjawab dan menyuruh Jung Hyo menggugurkan kandungannya itu.  
Goodbye To Goodbye, Parting Left, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Goodbye To Goodbye, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea 2018, 2018 MBC Drama Awards, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun, Poster Drama Korea Goodbye To Goodbye, Melodrama,
Siapa sangka yang Han Min Soo itu adalah satu - satunya anak lelaki Seo Young Hee dan Han Sang Jin. Kecewa dengan sikap Han Min Soo yang lepas tangan dan takut dengan penerimaan ayahnya, Jung Hyo menghilangkan diri dan pergi ke rumah ibu Han Min Soo iaitu Seo Young Hee. Setelah berjumpa dengan Seo Young Hee, Jung Hyo bertegas ingin tinggal di rumah tersebut sampai melahirkan anaknya. Seo Young Hee membenarkan Jung Hyo tinggal disitu asalkan Jung Hyo tidak berbuat bising dan mengganggu dirinya. Tak lama kemudian Jung Hyo mula mengalami alahan dan muntah - muntah. Hal tersebut membuatkan Seo Young Hee berasa terganggu dan terpaksa menjaga Jung Hyo yang sakit. Manakala Han Min Soo pula berterus - terang pada ayahnya mengenai Jung Hyo yang mengandung. Manakala bapa Jung Hyo pula tidak mengetahui apa yang berlaku. Semakin lama Jung Hyo berada di rumah tersebut, semakin banyak perubahan yang berlaku pada Seo Young Hee. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Goodbye to Goodbye ini. Bila tengok drama ini memang agak beremosi jugalah sebab rasa geram dengan watak Kim Se Young tu yang langsung tak rasa bersalah pada Seo Yong Hee sebaliknya boleh pula berani nak mengamuk dan marah pada Seo Young Hee itu sebab tak nak bercerai. 
Goodbye To Goodbye, Parting Left, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Goodbye To Goodbye, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea 2018, 2018 MBC Drama Awards, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun, Poster Drama Korea Goodbye To Goodbye, Melodrama,
Rasa nak tampar je Kim Se Young tu hahahaha. Pendek katanya memang rasa geram betul dengan Kim Se Young ni. Lebih menyakitkan hati bila mak Kim Se Young tu pun berani campur tangan dan datang ke rumah Seo Young Hee untuk buat kacau. Siap ugut lagi tak kan keluar dari rumah tu selagi Seo Young Hee tak bercerai. Ikutkan Seo Young Hee boleh je telefon polis tapi Seo Young Hee tak sampai hati nak buat macam tu sebab mak Kim Se Young tu dah tua kan. Sebaliknya Seo Young Hee membiarkan mak Kim Se Young tinggal di rumahnya. Satu lagi watak yang menyakitkan hati adalah Han Min Soo yang merupakan anak Seo Young Hee dan juga teman lelaki Jung Hyo. Banyak juga watak yang menyakitkan hati dalam drama ini, tapi nasiblah nanti diorang akan berubah juga. Aku juga suka melihat perkembangan watak Seo Young Hee yang mula berubah ke arah positif dan semangat yakin dirinya juga mula muncul dan hal ini semua berlaku disebabkan Jung Hyo. Selain itu scene ketika Seo Young Hee dan Han Sang Jin mula berdepan dengan realiti mengenai hubungan mereka itu juga agak sedih. Especially scene ketika mereka berdua berjumpa dengan bapa Seo Young Hee itu dan menerangkan perkara sebenar. Selain itu scene ketika semua orang menyuruh dan memaksa Jung Hyo menggugurkan kandungannya itu juga agak sedih, namun Jung Hyo tu dah nekad walaupun kandungannya itu akan membahayakan dirinya sebab ada komplikasi.
Goodbye To Goodbye, Parting Left, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Goodbye To Goodbye, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea 2018, 2018 MBC Drama Awards, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Lee Sung Jae, Jun, Jung Hye Young, Jung Woong In, Yang Hee Kyeong, Ha Shi Eun, Poster Drama Korea Goodbye To Goodbye, Melodrama,
Drama ini ada pengajarannya dan aku suka bila semua orang berkumpul dan bersatu demi Jung Hyo. Manakala lagu tema / OST drama ini juga biasa - biasa saja, tak ada yang menarik minat aku pun. Ending drama Korea Goodbye to Goodbye ini memang happy ending gitu hehehe. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. boleh laa nak tengok film ni juga nanti.
    singgah sini hhtp://dilazhari.blogspot.com

    BalasPadam
  2. FOLLOW atau Kunjungi Juga Blog Aku Ya Di:
    www.iyablog.com

    BalasPadam
  3. Ouh, ok bet reveiw, tq

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017