-->

11 Apr 2015

Drama Bencinta Slot Samarinda TV3 Episod 1 Hingga 6

Klik Link dibawah untuk membaca Sinopsis Drama ini dan menonton online drama Bencinta episod 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Selamat Menonton yer.

Read More »

9 Apr 2015

Hyde, Jekyll, Me - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada menonton drama Korea yang bertajuk Hyde, Jekyll, Me / Hyde, Jekyll & I yang dilakonkan oleh Hyun Bin, Han Ji Min, Sung Joon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod dan tarikan utama drama ni semestinyalah sebab Hyun Bin kann hehe. Lagi pun Hyun Bin dah lama x muncul dalam drama selepas suksess dengan drama Secret Garden..(2011). Manakala Han Ji Min yang terkenal dengan drama Rooftop Prince..(2012) bergandingan dengan Hyun Bin untuk drama ni. Drama ni berkisarkan Go Seo Jin yang mempunyai masalah psikologi yang dikenali sebagai D.I.D (Dissociative Identity Disorder) yang mana wujud satu personaliti baru dalam dirinya yang dikenali sebagai Robin. Kedua-dua mereka jatuh cinta pada wanita yang sama iaitu Jang Ha Na. Namun Jang Ha Na lebih menyukai Robin berbanding Go Seo Jin. 
Rasanya semua pun tahu ramai yang suka membuat perbandingan drama ni dengan drama Kill Me Heal Me.. disebabkan jalan ceritanya yang hampir sama, iaitu kedua-duanya menceritakan tentang D.I.D (Dissociative Identity Disorder) namun situasi dan perwatakan dalam kedua-dua drama ni berbeza lah kan. Apapun bagi pendapat aku lah kan gandingan Hyun Bin dan Han Ji Min agak kurang serasi lah, tak nampak macam kekasih pun biasa2 jer. Rating drama ni juga agak sedikit rendah. Bagi aku dalam drama ni terdapat beberapa moment yang membosankan. Aku pun sampai skip beberapa episod drama ni hehehe tapi aku still baca recap/sinopsis episod cite ni yang aku skip tu untuk aku lebih faham dan tak tertinggal apa2. Apapun aku suka gak tengok perwatakkan Robin yang baik hati dan suka tolong orang tu, paling best watak Robin sangat suka tersenyum berbanding Go Seo Jin yang sentiasa serius tu.
Dalam cerita ni juga turut diterangkan mengenai Robin yang berubah menjadi personaliti baru yang bernama Terry. Personaliti Terry ni adalah jahat dan pernah cuba untuk membunuh doktor yang merawat Go Seo Jin tu. Namun personaliti Terry ni hanya muncul sekali kot, pastu diorang dah x mention langsung pasal personaliti Terry ni lagi. Bagi pendapat aku lah kan patutnya personaliti Terry ni harus dikembangkan lagi wataknya baru jalan cerita drama ni makin menarik. Namun drama ni lebih memfokuskan mengenai Robin dan Go Seo Jin jer serta mengenai cinta tiga segi diorang dengan Jang Ha Na tu. Kemunculan watak Yoon Tae Joo atau Lee Soo Hyun tu pun menarik gak yang mana die cuba membalas dendam pada Go Seo Jin tu. Namun watak Lee Soo Hyun ni hanya muncul sampai episod 15 jer kot pastu jalan cerita lebih memfokuskan pada Robin dan Go Seo Jin.
Apapun episod 19 dan 20 dalam drama ni memang sangat sedih laa especially masa Robin dah start hilang ingatannya, memorinya sebagai Robin mula hilang sedikit demi sedikit dan Jang Ha Na sangat sedih bila die tahu Robin akan menghilang tak lama lagi kerana Go Seo Jin sudah mula sembuh. Memang 2 episod akhir ni sangat menyedihkan, namun kehilangan Robin akan membuatkan Go Seo Jin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya kerana personalitinya dan Robin akan bersatu. OST atau lagu-lagu dalam drama ni juga best dan sedap didengar. Aku nak tergelak juga tengok perangai sepupu G.Seo Jin yang bernama Ryu Seung Yeon yang sentiasa jealous dan mencari jalan untuk menjatuhkan G.S.Jin. Die sangat busy body dengan hal2 peribadi G.S.Jin. Sampai satu tahap die plak yang jadi x betul dan terpaksa buat yoga untuk menenangkan dirinya serta membuang sifat iri hatinya pada G.S.Jin tu.
Aku juga agak menyampah gak dengan bapa Go Seo Jin tu sebab die memang terkenal dengan watak2 jahat dalam drama2 korea contohnya macam dalam drama Hotel King.., Shine or Go Crazy dll. Apapun aku bagi drama ni 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.

Read More »

7 Apr 2015

Sesi Review Produk - Miracle Body Lotion


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak Review satu produk yang aku gunakan baru-baru ini, produk yang aku maksudkan adalah Miracle Body Lotion. Produk ini adalah keluaran dari Ayus Line Sdn Bhd atau turut dikenali dengan nama Ayus Fashion. Rasanya lebih elok jika aku start bercerita dari jenama AYUS tu sendiri, yang mana jenama AYUS ni adalah satu jenama yang sedang meningkat naik di dalam industri pelangsingan dan pembentukan badan untuk wanita. Antara produk AYUS adalah pakaian dalam pembentukan badan, bengkung mama, mandian herba serta losyen pelangsing badan. Untuk keterangan lanjut korang boleh pergi ke website mereka di -> www.ayusline.com 
Berbalik semula pada produk Miracle Body Lotion ni, produk ini sememangnya tengah hangat di pasaran sekarang ni, ianya dijamin halal, selamat digunakan, tiada kimia berbahaya serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mempunyai kandungan 150ml serta harga yang berpatutan iaitu hanya RM 59.00 saja. Miracle Body Lotion merupakan losyen keluaran Malaysia yang pertama berasaskan kopi dengan campuran bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan. Ia berbeza dengan produk losyen pelangsing lain kerana selain dari mengecilkan serta membakar lemak, ia turut mengandungi minyak pati kacang soya dan capsaicin yang biasa terdapat dalam produk antarabangsa.
Hanya dengan dua kali sapuan setiap hari, ia bukan sahaja membakar lemak, membuang angin dan air berlebihan dalam badan, malah ianya juga mengandungi spirulina untuk mengaktifkan kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih tegang dan cantik. Selain mencerahkan kulit serta melindungi memperbaiki dan menjadikan kulit lebih lembut, lembab dan sihat. Memang rasa syok guna losyen ni sebab ianya sangat wangi tau, disamping teksturnya yang lembut, pekat dan cepat menyerap serta tidak melekit mahupun berminyak. Sapu sedikit saja losyen ni di kulit untuk test kepanasannya, jika nak lebih rasa panasnya bolehla tambah sikit lagi, tapi seeloknya sapu sedikit saja bagi kulit yang nipis.
Aku suka pakai Miracle Body Lotion ni sebab kulit makin lembut bila dah selalu guna. Selain rasa hangat losyen yang selesa serta berbau wangi. Antara kesan yang dijangkakan setelah korang menggunakan Miracle Body Lotion ni selepas 6 minggu penggunaan adalah seperti berikut:-
~ Paha, Lengan makin kecil dan terbentuk
~ Perut kempis, kulit cerah dan selulit pudar
~ Berat badan turun dan makin langsing
~ Mengurangkan selulit sehingga -37 %
~ Mengecilkan ukurlilit sehingga -3.8 cm
~ Kulit semakin cerah dan lembut
~ Kulit Tegang dan tidak mengeleber
~ Meningkatkan aktiviti kolagen untuk kulit yang lebih cantik dan muda.

Cara-cara untuk membuat pembelian produk Miracle Body Lotion ini adalah seperti berikut-
Website- www.ayusline.com
Facebook- ayusofficial
Instagram- ayusofficial
SMS/Whatsapp- 012-4872378 / 012-4872679
Email- ayusline@gmail.com
Hashtag- #miraclebodylotion
Read More »

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu dan menobatkan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular. Bagi aku ABPBH2014 agak sedikit bosan, maybe sebab hosnya kurang lawak, persembahan2 artis pulak biase2 jer, cuma suka gak tengok persembahan pembukaan dari Faizal Tahir yang best dan penuh energy gitu, selain persembahan Dato Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah berduet tu. Tak sangka jugalah Shaheizy Sam akan menang Bintang Paling Popular lagi buat kali ketiganya. Apapun tahniah buat semua pemenang. Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH2014 kat bawah ni k..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2014

Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias


Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret

Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan

Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa


Pelakon TV Wanita Popular: Nad Zainal

Artis Komedi Lelaki Popular: Abam (Bocey)
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular: Akim Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dato’ SM Salim
KATEGORI ONLINE


Personaliti Popular: Faiz Dickie

Gandingan Serasi Di Layar: Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Pasangan selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Artis Paling Kontrovesi: Sharnaaz Ahmad
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Datuk Siti Nurhaliza

Read More »

6 Apr 2015

Bintang Paling Popular ABPBH 2014 Milik Shaheizy Sam


Assalammualaikum..
Nampaknya tuah memihak kepada Shaheizy Sam apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) pada malam Ahad yang lalu. Ini adalah kali ketiga Shaheizy Sam memenangi Bintang Paling Popular selepas ABPBH 2010 dan 2012 yang lalu. Selain itu Sam turut menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Camry. Nampaknya Sam bergilir-gilir dengan Aaron Aziz untuk menang Bintang Paling Popular ni hehehe. 
Read More »

4 Apr 2015

CPUV Nuffnang - Umobile & Colgate Total Charcoal

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu Umobile - Banner Ads & Colgate Total CharcoalTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

3 Apr 2015

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Puteri Bukan Nama Sebenar adalah drama baru untuk Slot Zehra Tv3 bagi menggantikan drama Cinta Illahi yang telah tamat episodnya. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof yang merupakan pengarah yang sama untuk drama popular Teman Lelaki Upahan. Drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini dilakonkan oleh Christina Suzanne, Syarul Ridzwan, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail dan ramai lagi. Drama ini telah pun ditayangkan di Tv3 mulai 27 Mac yang lalu. Apapun Jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Mengisahkan tentang hidup Laila yang menjalani kehidupan yang sukar sebagai ibu tunggal kepada Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Laila berpendidikan rendah tetapi terang hati dan cepat belajar, selain itu dia juga tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir. Suatu hari Laila telah berkenalan dengan Puteri, dimana Puteri telah menolongnya ketika dalam kesusahan. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru saja kematian suaminya. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. 

Disebabkan itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail. Laila yang bersama dengan Puteri di dalam bas tersebut tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan dan segera dikejarkan ke hospital. Namun segalanya telah terlambat apabila Puteri dan bayinya disahkan meninggal. Pihak hospital telah menyerahkan barang2 Puteri kepada Laila. Akhirnya Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya ke rumah ibu mertua Puteri, die terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina dengan wajah serius menyapa Laila, Alisha tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan itu. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka yang bermulut celupar Mirza. Makin sakit hati Laila dibuatnya. Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah. Dirinya bukan lagi Laila tetapi Puteri. Laila yang tiba2 bertukar nama menjadi Puteri di rumah itu selalu saja bertengkar dengan Mirza. Mereka diibaratkan sebagai anjing dengan kucing. Apa yang bakal berlaku seterusnya....

Read More »

2 Apr 2015

Info Bergambar Mengenai GST


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017