-->

14 Mei 2010

GeMuRuH JiWa SeMaNgaT MemBaRa..



Walaupun keyakinan diri adalah kunci kejayaan kepada seseorang tetapi gemuruh berlebihan yg mampu menjejaskan keyakinan diri bukan selalunya sesuatu yg baik. Ini kerana ia boleh menjadi petunjuk kpd seseorang itu mengenai keinginannya yg kuat terhadap sesuatu. Perasaan gemuruh yg ada dlm diri boleh digunakan sebaik mungkin dgn cara ia tidak dibiarkan menguasai diri kerana jika tiada kawalan, ia mampu melemahkan seseorang itu serta merosakkan penampilannya ketika berhadapan orang ramai. Kebiasaannya, perasaan genmuruh lebih mudah menyerang seseorang apabila dia sedang berhadapan dgn sesuatu yg sgt diingininya.


Ada beberapa petanda yg menunjukkan seseorg itu menjadi mangsa kpd perasaan gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dgn baik. Antaranya adalah apabila seseorang itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang lain, sbg satu masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dgn isu sebenar selain menyekatnya utk memajukan diri. Petunjuk lain yg memberi tanda seseorg itu dikuasai perasaan gemuruh adalah terlalu risau, sering memikirkan, merendahkan dan mengkritik diri sendiri apabila rasa gemuruh menguasai diri. Selain itu, tanda lain yg menunjukkan seseorg itu terlalu dikuasai perasaan gemuruh adalah sering melawan atau cuba mengawalnya di hadapan org hingga kdg-kala menyebabkan ia terlupa apa yg perlu diucapkan serta hilang keyakinan diri sehingga tidak sabar pulang ke rumah.


Seseorang yg terlalu membiarkan prsn gemuruh dlm dirinya juga akan menyebabkan otot badannya kejang dan bernafas pendek krn mahu mengawal rasa gemuruh dlm perasaannya, hingga ia mampu menyebabkan percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta kurang sopan. Jika terus membiarkan diri sentiasa berasa gemuruh, dibimbangi ia mampu bertukar menjadi tenaga negative yg boleh menyebabkan seseorg itu mrngalami tekanan hingga membawa masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kerisauan melampau dan panas baran.


Ada byk cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dgn mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah pada keupayaan diri sendiri. Selain itu, seseorg itu dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya krn keadaan itu akan menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila berckp dgn seseorg sentiasa melihat pada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan yg membosankan atau berckp topic tidak menarik pda org lain dan paling penting bagi mengatasi masalah gemuruh adalah keyakinan yg tinggi terhadap diri sendiri..



Emm berdasarkan info kat atas nih..apa yg penting kita kena confident ngan diri kita sendiri..huhuhu..entry ni sbnrnya khas utk aku sbb nanti aku nak gi temuduga DPLi…huhu..x sangka lak dpt..kawan2 aku ramai gak x dpt..tp alhamdulilah aku dpt..takut lak nak gi temuduga tu..mcm2 cite lak aku dgr ttg kerenah penemuduga..aku ada gak search kt internet baca ttg pengalaman orang2 yg pernah gi temuduga DPLI ni..
Aku ni bab2 temuduga mang lemah sikit hehe..entahlaaaa…buat masa sekarang rasa x knfident jer..x tau nak buat persediaan apa..nak baca pe pun x tau, nk focus pe pun x tau..sape2 ada tips x?????huhuhu…


Doa2 kan aku ye!!!!!...

Apa yg nak buat ni..huhuhu…

Seandainya aku x berjaya dlm temuduga ni..sekurang-kurangnya aku dpt la gak pengalaman kan..sebelum ni pengalaman aku masa interview mara ritu mang teruk..tergagap sume ada huhuhu..fobia plak rase..hhuhuhu..aku harap kesalahan aku masa interview sebelum ni aku x ulang dh..

Seandainya aku dapat..mang seronok laaa…

Tapi dpt ke x…kenala pi temuduga dulu…huhu

Hrp2 dpt penemuduga yg sporting dn memahami..huhuhu

Takooottt…

Fikirkan boLeh…
(kena slalu dgr lagu fikirkan boleh ni..bagi semangat UP sikit!! Hehehe)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017