-->

13 Mei 2010

kUaSa TuHaN MengataSi SegaLaNyA..


SemaLam..aku mendapat perkhabaran yg kurang enak ttg jiran aku masa di umah sewa aku dulu..aku menyewa di sebuah flat di KL..ketika itu aku masih belajar di UM..
Jiran aku ni dikenali sbg Makcik Kamariah..die sememangya peraMah..baik hati..suka menolong..

Masih ku ingat lagi ketika aku dn rakan-rakan (dibwh unit tugas2 khas utk projek keusahawanan) memerlukan pekakas memasak utk melaksanakan tugas memasak bagi menyediakan makanan utk para pelajar..kami terpaksa meminjam pelbagai barang kat makcik tu..maklumlah umah sewa aku apa pun x dak heee..makcik tu dengan baik hatinya memberi kami meminjam..malah memberi dan terus memberi pinjam brg2 nya..tnpa rasa letih memunggah dan mencari barang2 tersebut utk kami..
Betapa terharunyerr…


Dan ketika sewaktu konvokesyen..yakni ketika utk mengambil jubah..aku sememangnya tiada tempat tinggal..apatah sedara di KL..makcik tu telah sudi menumpangkan aku bermalam di rumahnya utk beberapa hari..begitu juga ketika konvokesyen aku berlangsung..aku, ayah dan mak aku menumpang bermalam lagi di umah makcik kamariah..makcik tu dgn senang hati menerima kehadiran kami sekeluarga..malah dirinya turut hadir ke majlis konvokesyen di UM utk turut sama meraikan kejayaan aku memperoleh segulung ijazah..baiknya hati makcik ni..sudi menolong walaupun tiada ikatan kekeluargaan…ketika pemulangan jubah juga aku menumpang lagi di umah makcik tu..

akhirnya urusan konvokesyen aku selesai..namun kadang kala aku dan mak aku masih menelefon makcik tu bertanyakan khabar begitu juga dgn makcik tu..agar ikatan silaturrahim x terputus..pada hari raya hari tu aku ada mengirimkan kad raya beserta gambar2 sekitar majlis konvokesyen aku pada makcik tu..

Makcik ni tggl berseorangan di rumah..anaknya akan melawat pabila tiba hjg mnggu..jadi memang tiada masalah utk kami menumpang seketika di rumahnya..
Rumahnya juga kemas, cantik dan teratur..memang selesa..malah dirinya sudah beberapa kali mengerjakan haji dan umrah..orangnya pun amat rajin..sering mengadakan kenduri kesyukuran dan tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka ketika musim perayaan..

Namun ku sangka panas hgga ke petang rupanya hujan di tengahari..makcik tu menelefon aku dan mengatakan dirinya sedang sakit..die terkena stroke dh 2 minggu…aku terkejut..x sangka dirinya yg sebelum ni sememangnya rajin dan aktif boleh terkena stroke..makcik tu sekarang tggl dgn anak buahnya..bukan di rumahnya..berita ni agak mengejutkan juga..makcik tu kata die lani lumpuh x dpt bangun..asyik terlantar..x mampu buat apa2 pun..syukur ada yg menjaga makcik tu..setahu aku makcik ni mang ramai anak angkat..disebabkan dirinya yg peramah dan mudah mesra ngan orang..
Namun walaupun terkena stroke..dirinya masih mampu utk bertutur seperti biasa..

Kuasa tuhan..betapa cepatnya yg sihat boleh jadi sakit…Allah Hu Akhbar…

Aku mendoakan di kejauhan agar makcik tu sembuh secepat mungkin…aminnn
Aku harap makcik tu tabah…
-aku terus berdoa-

Semoga aku juga x diuji dgn ujian sebegitu rupa…

Aminn..

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017