-->

6 Jul 2013

JOZAN Di Minggu FiNaL Raja Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Sorry lambat sikit buat review JOZAN masa Final RL7, Sorry pada yang tertunggu-tunggu tu hehe. Secara keseluruhannya JOZAN masa final RL7 ni mmg sangat menghiburkan. Diorang sangat kelakar n sweet. Setelah mereka berehat selama 2 minggu atas urusan kerja/peribadi masing2, JOZAN kembali menggegar RL7 Final. Memang enjoy tengok Final RL7 dengan gelagat JOZAN ni. Istimewa untuk Final musim ni diselitkan unsur2 kemelayuan disitu. Tengok jela pakaian JOZAN lengkap berbaju melayu. Opening RL7 jer dah gempaq gitu siap ada silat semua..apa pun jom tengok apa yang best di Final RL7.

Antara Yang Menarik di Final Raja Lawak 7

-Pembukaan Final RL7 Penuh dengan suasana kemelayuan gitu yang mana dimulakan dengan Silat Gerak Tempur Aliran Helang Buana Bersatu.
-Tidak lama pastu, JOZAN pula masuk dengan diarak dan diangkat sambil JoHaN Menyanyi lagu "Dia Datang" sambil Zizan rap.
-Kemudian JOZAN memperkenalkan para peserta diikuti Juri dan bila tiba giliran Isma Alif memang kecoh la jawabnyer tambah2 dia ada atas stage hehe macam2 lagu die nyanyi siap mintak shah Slam main muzik lagi pastu die menari lagu Michael Jackson lak JOZAN pun join sekali menari, tak lama pastu Johan suruh Shah berhenti main muzik, pastu die bagi pantun kat Isma, JoHaN pantun camni "Tanam bunga, bunga Kobis, kalau macam ni bila nak habis" haha n tak lama pastu Zizan lak cakap "Baru pembukaan saja rasa dah nak habis program ni" kemudian Johan marah si Shah die cakap "Yang Shah pun satu hal boleh layan lak,ko punye show ker ni"hehe Shah senyum jer tgk gelagat JOZAN dan para Juri.
-Masa nak perkenalkan peserta pertama untuk buat persembahan, JOZAN berborak2 atas pentas comel tgk diorang time ni, MASA Johan tengah bercakap Zizan ada usik2 Johan sikit pastu Johan cakap "Ni cite Hang Tuah la ko ni ape, okey ko Hang Lekir, jauh sikit" Zizan plak cakap "Eh cammonlah" Johan: "Eh Hang Lekir Hidung camnilah ko tak tahu diamlah" Zizan:"Hang Tuah xde rambut macam ni lah" JoHaN:"Okey ko pernah tengok Hang Tuah tak?" Zizan:"Pernahlah" JoHaN:"okey nama penuh die ape?" Zizan:"Err Hang Dok Mana" Johan dah gelak2 masa ni pastu die cakap "Salah" ZizaN:"Habis,nama penuh die apa?" pastu Johan jawab "Hangpa lah hantu" pastu dua2 terus sengih2 hehehe.
-Lepas dah bersembang dgn sweetnya tibalah masa untuk JOZAN perkenalkan peserta pertama tapi dua2 macam x ingat giliran sape so mulalah diorang main pass2 haha Johan suruh Zizan perkenalkan peserta seterusnya tapi Zizan suruh Johan yg perkenalkan pastu Johan suruh Zizan balik hehe last2 Zizan umumkan Gamat yg bakal buat opening. Lawak gak masa ni.
-Selesai persembahan kump Wala dengan Rahim R2, JOZAN pun masuk, pastu JoHan gi kat Rahim sambil konon2 nk update status kat instagram pastu die cakap "Artis Jemputan biase je, peserta ahh peserta hebat" pastu Rahim lak tambah kot atas "Saya lebih Suka JaMBu jadi Hos" hehe pastu Johan yg pegang kamera tipu tu terus lempar kamera tu dan cakap "Rosaklah" hahaha sambil buat2 marah. Lepas AC komen persembahan kump Wala JoHaN Lak sembang2 dgn AC sambil mengadu pasal Rahim cakap minat kump Jambu tu, AC gelak jer tgk gelagat JoHan pastu JoHan start buat aksi nak tendang kamera yang tadi die baling tu hehe.
Zizan plak suruh Johan sabar. Pastu AC terus puji JoHaN, die cakap camni "JoHan malam ni ko nampak hensem seperti penyanyi MoJo lah aku tengok ko sekarang ni" pastu automatik JOhAN, Zizan nyanyi lagu andaiku bercinta lagi hehe tapi Shah lambat sikit nak main lagu tu, terus Johan mengadu kat Dato AC pastu JOhAn nyanyi sekali lagi tapi muzik dah bunyi dah terus JoHaN cakap "Diamlah aku nyanyi dulu,x yahlah2x menggelabah lah shah ni" haha semua dah gelak2 dah masa ni.
-Masa segmen Muzikal Komedi Kump Gamat ada rap2 sikit pastu JOHaN Ada cakap camni kat salah sorang ahli kump Gamat tu "Alahhh sorang Rap semua nak rap, semua nak jadi waris, Eleh biarlah Zizan saja Rap, kann Zizann kannn" terus Johan dan Zizan berjalan ke arah satu sama lain pastu dekatkan muka ala2 nak kiss hihi sweet jer apalagi terus satu stadium bersorak hehehe..
-Selepas Apek selesai bagi komen kat kump Gamat, Johan terus cakap Gini kat salah sorang dari kump Gamat tu "Eh ko lain kali buat album jgn nak rap2 eh jgn nak poyo sgt okey, lainlah Zizan kannn Zizann" pastu terus JoHaN dan Zizan buat aksi sweet dan manja diorang tu hehe sekali lagi satu stadium bersorak dgn happynyer pastu JoHan cakap "Okeylah jangan nak Wuu Wuu sangat" pastu makin kuat sorakan penonton hehehe..  
-Selepas dari iklan JOZAN kembali, kali ni diorang menyanyi lak lagu Gerimis Mengundang Johan jadi Zamani, Zizan jadi Ramli Sarip kalau x silap lah hehe pastu diorang sempat usik2 Shah Slam pastu menari-nari ikut suka hati diorang haha comel jer..
-Kemudian JoHan sengaja nak usik Dato AC, die cakap salah sorang dari ahli kump Bora adalah Emelia Rosnaida iaitu isteri AC, atas alasan rambut palsu yang salah sorang Kump Bora tu pakai sama fesyen mcm rambut isteri AC..hehe AC dah ketawa bagai nak rak masa ni hehe pastu AC cakap "Kalau macam ni x pyh beranak pun xpe" haha.
-Akhirnya tiba giliran isma komen untuk kump Bora, mcam biasa die komen siap menyanyi semua, yg x leh blah siap mintak Shah main muzik lagu Michael Jackson lagi. Zizan plak dah ambik rambut palsu kump Bora tu pastu die pakai haha comel giler muka die ngan rambut palsu tu hehe..Zizan biasalah asal jadi perempuan je terus die jadi comel dan gedik2 gitu hihi..kemudian Zizan terus berlari gi kat AC siap peluk AC gitu. Manakala Johan plak marah Shah, Johan cakap "Shah sudah,dah sudah,Astro tolong cut payment Shah, Shah ikut cakap orang tu,aku tumbuk muka ko Shah" heehe lepas tu AC lak nak cakap die panggil Zizan Pastu Johan cakap kat Zizan "Datin duduk sini jer,aku tumbuk muka datin ni kang" hehe  Zizan plak masih dengan gaya gediknyer hihi die siap panggil AC sayang lah, i love you sayang semua ada hehe.
-Lepas habis kump SakaN buat persembahan, Zizan masih dengan rambut palsunyer x buang2 lagi hehe siap panggil AC sayang lagi..pastu AC suruh Zizan pusing belakang sebab die x boleh nak bagi komen bila tengok gaya Zizan macam tu hehe..
-Masa Kump Wala selesai dengan persembahan terakhir diorang, Johan cakap gini "Anak Cina makan mee rebus dah korang boleh berambus" pastu Zizan lak cakap kat Johan "Cakap elok2" terus Johan gi kat kump Wala cakap dengan lembut haaha pastu Zizan plak bagi pantun kat Kump Wala "Anak Cina ke rumah Malik, Balik" pastu Johan cakap kat Zizan "eh elok sangat elok sangat aku suka style tu" haha
-Pastu ada persembahan istimewa lagu Kpop Zapin dari Kump ShiRo..rasa cam diorang miming jer time ni hehe JOZAN lak berdiri di sebelah tepi pentas. Diorang buat macam2 gelagat kat tepi pentas tu hehe.
-Selesai persembahan Kump Shiro terus keluar bunga api terus JoHan cakap "Eh nyanyi nyanyi jela apa main bunga api nih!" Zizan: "Eh belum Raya lagi laa" pastu JoHaN dan Zizan start menari-nari tiru gaya Shiro dalam lagu tadi hehe lawak je gaya diorang menari hihi.
-Akhirnya Kump WaLa yang jadi Juara Raja Lawak Musim ke-7. 

P/s- Jom Join My Segmen Jom Tambah Kenalan By MBS, Tarikh tutup 13 Julai nanti, Nak Join Klik -> SiNi..

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017