-->

18 Dis 2016

Sinopsis Telemovie Gadis Kampung Paling Popular

Sinopsis Telemovie Gadis Kampung Paling Popular Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telemovie Gadis Kampung Paling Popular akan disiarkan pada 17 Disember ini di Slot Cerekarama TV3. Telemovie ini dilakonkan oleh Janna Nick, Azad Jasmin, Vicha Saywho, Mak Wan Latah, Acong Sweetchild, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman dan ramai lagi. Telemovie Gadis Kampung Paling Popular ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Nuansa Production Sdn Bhd. Tengok dari iklan kat tv tu memang nampak macam menarik jer telemovie ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Cerekarama Gadis Kampung Paling Popular

Maya ialah Gadis Kampung yang pemalu tetapi bersuara lunak dan baru berhijrah ke bandar. Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah. Sejak itu, Maya mula mengubah penampilan dan gaya hidupnya menjadi gadis urban serta dikenali sebagai Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan Maya dengan seorang ahli perniagaan namun ditolaknya. Maya yang menjadi bintang YouTube terkenal mengenali Azad yang menyukainya dalam diam. Azad menyatakan Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan tidak jujur membuatkan Maya berkecil hati. Apa yang berlaku seterusnya? 

4 ulasan:

  1. singgah petang.. owh... drama malam ni kan...

    BalasPadam
  2. Nak tahu lagu apa yg dinyanyikan oleh Lady Wawa yg pertama tu, nak download

    BalasPadam
  3. Kelakar. Beriya siqah tengok semalam. Hehe.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017