-->

25 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Senarai Pelakon Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Arahan Osman Ali
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Mira Filzah & Zizan

Assalammualaikum
Telefilem Jula Juli Bintang Cinta akan disiarkan pada 25 Mac ini di Astro Citra / Mustika HD. Telemovie arahan Osman Ali ini dilakonkan oleh Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan dan ramai lagi. Telemovie Jula Juli Bintang Cinta ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Kalau Osman Ali yang mengarah mestilah best kan, ini ditambah lagi dengan barisan pelakonnya yang popular dan best. Apa pun jom tengok Sinopsis telemovie ini dibawah ye dan Selamat Menonton
Pelakon Utama Telemovie Jula Juli Bintang Cinta, Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Affendi, Adriana Adnan,
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Cinta

Kisah dua gadis, Jula dan Juli pekerja kilang yang baru lepas dibuang kerja. Mereka telah memenangi percutian menginap di hotel mewah di Langkawi hasil daripada peraduan selfie. Disana mereka mula bergaya seperti anak orang kaya dan mengenali Dani dan Idzham. Akhirnya Jula dan Juli berpakat untuk memikat Dani dan Idzham kerana menyangka mereka juga kaya dan berpangkat besar. Pelbagai perkara yang dilakukan Jula dan Juli untuk menarik perhatian Dani dan Idzham. Akhirnya Juli mengetahui kerja sebenar Idzham yang merupakan seorang driver dan Juli kemudiannya bertindak untuk memutuskan hubungan mereka. Ketika hendak pulang, Juli telah didapati mengambil barang - barang hotel tanpa izin lalu Jula mencadangkan agar mereka diambil bekerja disitu bagi membayar kos barang - barang yang telah diambil oleh Juli. Apa yang bakal berlaku seterusnya bila Juli ingin kembali pada Idzham? dan bagaimana pula hubungan Jula dengan Dani?.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017