-->

5 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Takdir Yang Terhenti Lakonan Zara Zya

Sinopsis Telemovie Takdir Yang Terhenti (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Takdir Yang Terhenti akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 4 Mac ini dan dilakonkan oleh Zara Zya, Syafiq Kyle, Jasmine Suraya, Ku Faridah, Amirul Faqeem, Feiyna Tajudin dan ramai lagi. Telefilem Takdir Yang Terhenti disiarkan sempena DFKL 2017 dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Dari sinopsis telemovie ini nampaknya Syafiq Kyle dari drama Suamiku Paling Sweet menjadi Suami Paling Panas Baran dalam telemovie ini hehehe. Jalan cerita Telemovie Takdir Yang Terhenti ini pastinya sedih, tak sangka juga, ada dua telemovie lakonan Zara Zya disiarkan serentak pula tu, satu telemovie ini satu lagi Telemovie Cupid yang disiarkan di Astro Citra. Korang tengok telemovie Zara Zya yang mana satu ye? hehe. Apapun jom baca sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..
Zara Zya dan Syafiq Kyle sebagai pelakon utama, hero dan heroin telefilem Takdir Yang Terhenti
Sinopsis Telemovie Takdir Yang Terhenti (Cerekarama TV3)

Takdir Yang Terhenti mengisahkan tentang Asif dan Raudhatul. Masing-masing sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Namun kedua-duanya dijodohkan bersama, atas pilihan keluarga. Tiada pilihan lain, Asif dan Raudhatul akhirnya berkahwin. Tetapi rumahtangga mereka tidak bahagia. Asif menjadi seorang lelaki yang sangat panas baran dan Raudhatul sering dimarahinya sesuka hatinya. Setelah Raudhatul mengandung, Asif masih bersikap dingin dan panas baran. Ketika Asif mulai insaf, segalanya sudah terlambat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Baca juga ➔ Sinopsis Telemovie Cupid Astro Citra Lakonan Zara Zya dan Hisyam Hamid

4 ulasan:

  1. Belum tengok lagi tapi saya yakin telemovie ni pasti mendapat sambutan yang baik daripada peminat disebabkan oleh kekuatan jalan cerita dan kelebihan pelakonnya.

    Entry terkini Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    BalasPadam
  2. belum tengok lagi sebab ndak tau pula ada cerita baru pula sekarang..

    BalasPadam
  3. lebih kurang macam kisah hidup kite. huhu.

    BalasPadam
  4. Siqah tak tengok cerita ni tapi Siqah minat Zara Zya. Dia sangat lah sempoi dan kelakar :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017