-->

1 Mei 2017

Tomorrow With You - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Tomorrow With You, Korean Drama Review, Shin Min Ah, Lee Je Hoon, Hero dan Heroin Drama Korea Tomorrow With You, Cinta, Sweet,
Review Drama Korea - Tomorrow With You

Assalammualaikum..
Seperti biasa aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Tomorrow With You yang telah disiarkan pada 3 Februari 2017 dan tamat pada 15 Mac yang lalu. Ada ramai pelakon best yang berlakon drama ini antaranya ialah Shin Min Ah, Lee Je Hoon, Kim Ye Won, Baek Hyun Jin, Jo Han Chul, Kang Ki Doong, Park Joo Hee, Oh Gwang Rok dan ramai lagi. Selepas Drama Oh My Venus, aku memang sentiasa menunggu drama terbaru Shin Min Ah ini dan drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Goblin dan kemudian akan digantikan dengan drama Chicago Typewriter. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Oh My Ghost, King Of High School dan lain - lain lagi. Di peringkat awal, pelakon Han Ji Min dan Lee Min Ki telah ditawarkan untuk menjadi hero dan heroin drama ini. Walaubagaimanapun kedua - duanya menolak dan tak jadi berlakon dalam drama ini dan seterusnya menjadi milik Shin Min Ah dan Lee Je Hoon. Drama Korea Tomorrow With You ini mempunyai 16 episod dan berkisarkan tentang Yoo So Joon yang merupakan seorang Time Traveler dan juga mengenai kisahnya bersama isterinya Song Ma Rin. Apa pun gandingan Shin Min Ah dan Lee Je Hoon memang nampak comel dan sweet.
Hero & Heroin Drama Korea Tomorrow With You, Shin Min Ah, Lee Je Hoon, Kisah Tentang Time Traveler, Watak, Song Ma Rin, Yoo So Joon,
Aku agak kurang suka dengan rambut Lee Je Hoon dalam drama ini hahaha, dah kenapa style rambutnya macam tu, kan bagus kalau tukar style dan gaya rambut yang lain, baru nampak lagi handsome kan. Manakala bagi Shin Min Ah pula tiada apa yang aku tak suka, semua suka hehe, dan macam biasa, dia memang kelihatan cantik dalam drama ini. Selain itu aku juga suka tengok aksi - aksi cute Shin Min Ah dalam drama ini, comel habis tau, aksi - aksi cute ni memang sesuai dengan dia. Scene - scene sweet memang banyak dalam drama ini lebih dari scene kelakar, awalnya agak annoying juga dengan kawan merangkap musuh Song Ma Rin iaitu Lee Gun Sook, dia ni sangat berlagak dan memandang rendah pada Song Ma Rin sampailah dia sendiri mendapati suaminya Kim Yong Jin itu jahat, barulah nampak perangai dia berubah sikit. Jalan cerita drama ini agak unik juga sebab Yoo So Joon mempunyai kelebihan untuk pergi ke masa akan datang dengan hanya menaiki tren, disebabkan itu Yoo So Joon dapat mengetahui apa yang bakal berlaku pada dirinya dan juga isterinya pada masa akan datang dan mencari jalan untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku. Lagu tema / OST Tomorrow With You ini biasa - biasa saja bagi aku, tiada lagu yang betul - betul menarik minat aku.
Heroin Drama Tomorrow With You - Shin Min Ah, Korean Drama, Shin Min Ah Qiut, Cute, Cantik, Jelita, Lawa, Sweet, Gadis Berlesung Pipit, Girlfriend Kim Won Bin,
Ada banyak juga scene - scene yang aku rasakan tak logik dalam drama ini, contohnya tindakan Yoo So Joon untuk menyelamatkan bapa angkatnya iaitu Shin Sung Gyoo itu dari mati. Yoo So Joon tu patutnya ikut bapa angkatnya itu kemana saja dan pastikan bapa angkatnya itu betul - betul sampai ke airport untuk berangkat ke Jepun. Ini boleh pula dia biarkan saja bapa angkatnya itu bergerak sendiri dan sekaligus membuka peluang pada Kim Yong Jin untuk menculik dan membunuh bapa angkatnya itu. Seterusnya masa scene Song Ma Rin hampir - hampir nak diculik oleh Kim Yong Jin itu dan Yoo So Joon datang tepat pada masanya, boleh pula Y.So Joon biarkan Song Ma Rin naik teksi untuk pulang ke rumah seorang diri, patutnya Yoo So Joon harus menemani Song Ma Rin dan pastikan dirinya selamat sampai ke rumah atau pun biar Song Ma Rin berada di rumah kawannya itu. Kadang - kadang geram pula tengok tindakan Yoo So Joon ini. Seterusnya scene ketika dia pergi berjumpa dengan Kim Yong Jin dalam tren itu, dia dah tahu yang Kim Yong Jin akan cuba bunuh dia, tapi dia masih pergi lagi ke situ. Last sekali scene ketika dia tahu bila tarikh dia akan mati bersama Song Ma Rin itu, tapi masih lagi boleh pergi berjalan - jalan dekat dengan jalan raya, patutnya mereka duduk rumah saja untuk hari itu atau pun buat benda lain. Selain itu tindakan bapa Song Ma Rin yang cuba untuk kawal situasi dengan mengambil tindakan sendiri untuk menjauhkan Kim Yong Jin dengan Yoo So Joon juga tidak bijak. Kalau dia bincang dan beritahu semuanya pada Yoo So Joon mungkin ada cara yang lebih baik yang dapat difikirkan dan dirancangkan oleh kedua - dua mereka.
Shin Min Ah and Lee Je Hoon From Korean Drama Tomorrow With You, Hero Dan Heroin Drama Korea Tomorrow With You, Pelakon Utama Drama Tomorrow With You, Sweet, Kisah Cinta Time Traveler,
Apa pun Yoo So Joon memang beruntung apabila memiliki kawan seperti Kang Ki Doong yang sentiasa membantu dalam susah dan senang. Scene paling sedih sekali masa bapa Song Ma Rin iaitu Doo Sik mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak perempuannya iaitu Song Ma Rin dan menantunya Yoo So Joon dari kemalangan dan seterusnya mati. Bapa Song Ma Rin ini juga seorang time traveler, dia dari awal lagi cuba mengaturkan agar Yoo So Joon berkahwin dengan anaknya. Selepas Doo Sik mengorbankan dirinya, Song Ma Rin dan Y.So Joon terselamat dari kemalangan tersebut, walaubagaimanapun Doo Sik mati, sedih juga masa ni sebab dia belum rapat lagi dengan Song Ma Rin. Ending drama ini berakhir dengan happy ending, dimana Y.So Joon dan S.Ma Rin ada gaduh - gaduh manja sikit sebelum akhirnya berdamai. Aku teringin juga nak tengok reaksi mereka berdua selepas bapa S.Ma Rin mengorbankan dirinya itu, sayangnya part tersebut tiada dalam drama ini sebab diorang skip scene sedih ini. Secara keseluruhannya drama Korea Tomorrow With You ini menarik untuk ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
My Signature, Tandatanganku, miss banu signature, blog miss banu,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017