-->

21 Mei 2017

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

Tips, Cara - Cara, Soalan Sensitif, Soalan Cepu Emas, Saudara Mara, Musim Perayaan, Hari Raya, Aidilfitri, Aidiladha, Berkumpul, Semua Family, Sepupu, Sanak Saudara, Bila Nak Kahwin, Bila Nak ada Anak,
Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun pernah mengalami situasi seperti di dalam gambar diatas tu kan, hehehe. Selalunya ketika hari rayalah soalan - soalan cepu emas seperti bila nak kahwin?, bila nak ada anak? bila nak tambah anak?, bila nak dapat anak lelaki? dan lain - lain lagi akan ditanyakan. Ada sesetengah orang yang tak berapa kisah pun kalau ditanyakan tentang soalan - soalan seperti ini, mereka ni jenis releks, cool dan tak mudah mengambil hati. Namun ada sesetengah orang yang tidak suka ditanyakan soalan - soalan seperti ini, kerana bagi mereka, soalan - soalan tersebut agak sensitif, dah macam takde soalan lain je nak ditanyakan, betul tak? soalan - soalan tu lah yang wajib ditanya jika bertemu saudara mara ketika hari raya. Lagi pun masa hari rayalah yang boleh berkumpul beramai - ramai, dapat berbual - bual mesra gitu hehe. Dibawah ini aku nak bagi tips - tips atau pun cara - cara korang nak mengelak dari ditanyakan soalan - soalan yang dangerous itu hahaha..

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

➤➤ Buat - buat sibuk di dapur bila tetamu datang beraya di rumah, bila korang sibuk di dapur, tolong masak apa - apa yang patut, mahu pun tolong hidang, tolong susun kuih raya ke, tolong basuh pinggan dan sebagainya di dapur tu. Kiranya macam no eye contact gitu hehehe. Tapi selalunya kalau tetamu dah datang rumah, memang susah nak mengelak pun, sebaiknya cekalkan hati dan redha sajalah hehehe.

➤➤ Bila kena pergi beraya pula, bawalah adik - adik, cousins korang yang masih kecil tu untuk bagi lebih meriah, kalau budak - budak kecik tu jenis lasak lagi bagus sebab korang akan busy menjaga dan melayan kerenah diorang je hehehe. Jadi bila ada yang nak ajak korang bersembang pasal bila nak kahwin ke?, bila nak dapat anak ke?, bolehlah korang menolak dengan alasan nak jaga budak - budak tu, muahahaha.

➤➤ Bila kena tanya soalan - soalan cepu emas tu contohnya bila nak kahwin ke?, korang tanya pula soalan yang sama pada orang yang tanya korang tu, jadi dua - dua kena jawab hahaha, tapi kalau yang bertanyakan soalan tu dah kahwin atau lebih tua dari korang tu, pandai - pandai koranglah prepare apa - apa soalan yang patut ditanyakan hehehehe..

➤➤ Tips yang seterusnya yang lagi best, korang boleh baca disini ➔ Cara - Cara Paling Selamat Untuk Elak Soalan Cepu Emas Dari Sedara Mara Bila Time Raya. Ha!
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. hahah stress nyaaaa kalau jumpa saudara mara.. memang soklan depa tak larat kita nak cover ๐Ÿ˜‚

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017