-->

11 Mei 2017

Sinopsis Drama Arluna (Astro Prima)

Sinopsis Drama Arluna Astro Prima (Drama Adaptasi Novel), Pelakon Drama Arluna, Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia, Novel Arluna, Novelis Rin Ahmad,
Sinopsis Drama Arluna Astro Prima (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Drama Arluna akan disiarkan di Astro Prima pada 8 Mei ini untuk menggantikan Drama Papa Ricky yang telah tamat episodnya. Kebiasaannya drama yang disiarkan di Astro Prima selalunya mempunyai episod yang banyak tapi Drama Arluna ini hanya mempunyai 16 episod saja. Apa pun nasiblah Drama Papa Ricky itu dah habis hahaha, rasa macam panjang sangat drama tu, pastu jalan cerita pun macam boring sebab asyik berebut anak je. Drama Arluna ini diadaptasikan daripada Novel Arluna karya Novelis Rin Ahmad dan dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia dan ramai lagi. Rasa macam dah lama tak tengok Anzalna berlakon lepas drama Memori Cinta Suraya tu kan. Selain itu drama ini diarahkan oleh Emi Suffian dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Arluna

Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.
Anzalna dan Saharul Ridzwan, Pelakon Drama Arluna, Hero dan Heroin Drama Arluna, Novel Arluna,
Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan. Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Lagu Tema / OST Arluna
Cemburu Nyanyian Nabila Razali (AF2013)

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Arluna
Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. aida ada tgk drama ni 1 episod.
    anzalna bertudung kan? cantik la dia :)

    BalasPadam
  2. drama Arluna ni best..gandigan hebat Sr & Azalna Nasir

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017