-->

10 Mei 2017

Ending Drama Menanti Februari

Ending Drama Menanti Februari, Watak, Arie, Fiza, Edie, Cinta Tiga Segi, Pelakon Drama Menanti Februari, Zul Ariffin, Nur Fathia Latiff, Afiq Muiz,
Ending Drama Menanti Februari

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang mengikuti Drama Menanti Februari yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 kan?. Semalam adalah episod ke 15 drama ini yang juga merupakan episod akhir drama Menanti Februari ini. Aku rasa jalan cerita drama ini menarik sebab bijak bermain dengan emosi penonton, lakonan pelakonnya seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff dan Afiq Muiz juga best, aku paling suka dengan dialog Zul Ariffin yang melakonkan watak Arie tu, setiap dialog yang menyindir Edie dan Fiza tu memang sentap hehehe. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter ramai juga yang emosi dengan ending drama Menanti Februari ini, ada yang suka dengan endingnya dan ada juga yang tak suka dengan endingnya. Aku rasa intanlah paling senang sebab dapat pilih dua - dua hahaha. Episod akhir drama Menanti Februari ini bermula dengan Fiza yang masih sukar untuk membuat keputusan untuk memilih Arie mahu pun Edie. Manakala Arie masih mendesak Edie supaya memulangkan Fiza padanya manakala Edie pula menanti keputusan Fiza. Hanya selepas Fiza melahirkan anak keduanya, barulah Fiza membuat keputusan untuk memilih Edie dan ini membuatkan Arie kecewa namun Arie menerima keputusan Fiza dengan tenang dan berlalu pergi. 

Kesian juga pada Arie ni, Fiza patutnya tunggu lebih lama sedikit, mungkin dalam setahun sekurang - kurangnya selepas Arie hilang. Ini lepas 4 bulan Arie hilang, Fiza dah kahwin dengan Edie, manakala lepas 6 bulan lepas Arie hilang dan kemudian Arie dijumpai masih hidup dan kembali, Fiza dah pregnant pula. Cepat betul Fiza ni move on kan hahaha. Aku lebih bersimpati pada watak Arielah pula walaupun awalnya aku tak berapa suka dengan sikap Arie yang lebih mementingkan urusan kerjanya berbanding Fiza dan Intan tu. Tapi kalau Fiza pilih Arie pun, kesian juga pada Edie hahaha. Apa pun dah berakhir dah drama ini jadi tak payah nak emosi dah yeayyy..
Miss Banu Signature, Tandatanganku. blog miss banu story,

2 ulasan:

  1. Tak suka jalan cerita drama ni. Macam tak sesuai 😂

    Yang peliknya, iklan sibuk tunjuk arie dan Fiza (Zul & Fatiya) ( kira hero heroin la) tapi end up tak bersatu pun.. huhu drama yang kurang menyengat..

    BalasPadam
  2. aida follow citer ni jap je.
    pastu x follow dah. sebab mcm da tau ending nyer.
    and satu lagi, mcm x brape selari dgn hukum agama plak.
    asben da jumpa, still carry on dgn asben baru.
    di situ mcm aida x brape gemar.
    drama ni ada pengikut. kalau ia jadi ikutan, bahaya...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017