-->

24 Mei 2017

Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Ku Kirim Cinta adalah drama terbaru di Slot Akasia, bagi menggantikan drama Shhh I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Tv3, bermula 22 Mei yang lalu dan dilakonkan oleh Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad dan ramai lagi. Drama Ku Kirim Cinta ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Kalau tengok Sinopsis drama ini memang nampak menarik jalan ceritanya dan gandingan Ayda Jebat dan Redza Rosli ini memang dinantikan juga sebab ada yang kata, kedua - duanya memang tengah hangat bercinta gitu selepas membintangi drama ini. Kalau tak silap aku, Drama lakonan Redza Rosli iaitu Seindah Takdir Cinta ditayangkan pada Ramadan tahun lalu manakala Ramadan tahun ini juga, drama lakonan Redza Rosli yang disiarkan, bezanya dalam drama ini dia jadi hero utama, murah rezeki Redza Rosli ni :) Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Lagu Tema / OST Ku Kirim Cinta
Akhirnya Cinta Nyanyian Salma
Selamat Tinggal Cinta Nyanyian 6ixth Sense

tandatanganku, miss banu, blog miss banu story, my signature,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017