-->

2 Ogo 2017

Fight For My Way - Korean Drama Review

Drama Korea, Korean Drama, Fight For My Way, Review, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Sinopsis, My Feeling, My Opinion, Sweet, Romantik Komedi, Cinta, Sahabat, First Love, Pelakon, Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo,
Review Drama Korea - Fight For My Way

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang suka menonton Drama Korea Fight For My Way ini  disebabkan jalan ceritanya yang ringan dan bergenre romantik komedi. Drama ini dilakonkan oleh Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo dan ramai lagi. Selain itu, drama ini mempunyai 16 episod dan telah disiarkan di channel KBS World bermula 22 Mei yang lalu dan tamat pada 11 Julai 2017. Kemudian drama Fight For My Way ini akan digantikan pula dengan drama School 2017. Pengarah drama ini pernah mengarahkan drama - drama best yang lain seperti Snowy Road dan Oh My Venus. Ini juga adalah kali pertama pelakon Kim Ji Won memegang watak utama dalam drama, sebelum ini dia selalu memegang watak pelakon pembantu je dalam drama. Agak cepat juga Park Seo Joon buat comeback menerusi drama ini selepas sukses dengan drama Hwarang. Selain itu, aku suka tengok Song Ha Yoon berlakon dalam drama ini, sebab dia memang comel, aku pernah tengok dia melakonkan watak perempuan yang kasar seperti dalam drama Sweeden Laundry, tapi dalam drama ini wataknya lebih naif dan lemah lembut. Ini adalah kali kedua aku melihat lakonan Ahn Jae Hong yang melakonkan watak Kim Joo Man tu, sebelum ini aku pernah suka dengan lakonannya yang kelakar dalam drama Reply 1988.
Drama Korea, Korean Drama, Fight For My Way, Review, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Sinopsis, My Feeling, My Opinion, Sweet, Romantik Komedi, Cinta, Sahabat, First Love, Pelakon, Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo,
Gandingan Park Seo Joon dan Kim Ji Won sebagai hero dan heroin drama ini juga serasi dan disukai ramai. Aku suka dengan personaliti watak Kim Ji Won sebagai Choi Ae Ra yang berani, kasar, dan tidak lemah, ini bermaksud Choi Ae Ra tidak mudah dibuli oleh sesiapa pun, scene ketika dia mula bercinta dengan Ko Dong Man tu pun agak kelakar juga, sebab diorang malu - malu kucing pula hahaha. Sesuai dengan tajuk drama ini iaitu Fight For My Way, jalan cerita drama ini turut memfokuskan tentang impian dan cita - cita setiap watak dalam drama ini terutamanya Ko Dong Man dan Choa Ae Ra. Scene ketika Kim Joo Man mula buat hal dan hampir nak curang dengan Seol Hee tu memang geram hahaha, kesian Seol Hee, tapi aku suka bila Seol Hee berubah menjadi berani dan decide untuk putuskan hubungan dengan Dong Man itu. Selain itu aku juga tak sangka Choi Woo Sik yang membawakan watak Park Moo Bin dalam drama ini sebenarnya jahat. Aku ingatkan dia ini lelaki baik dan ikhlas sayangkan Ae Ra. Rupanya dia ini cemburukan Ko Dong Man dan ingin merampas segala yang Ko Dong Man miliki dan sayangi contohnya Ae Ra, memang satu kejutan betul. Lebih terkejut bila Park Moo Bin sebenarnya dah ada tunang, sebaliknya dia hanya nak mempergunakan Choi Ae Ra saja, atau lebih tepat, dia inginkan Ae Ra menjadi perempuan simpanannya.
Drama Korea, Korean Drama, Fight For My Way, Review, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Sinopsis, My Feeling, My Opinion, Sweet, Romantik Komedi, Cinta, Sahabat, First Love, Pelakon, Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo,
Nasiblah Ae Ra itu tahu perkara sebenarnya tepat pada masanya, aku paling suka cara Ko Dong Man membalas dendam pada Park Moo Bin itu dengan cara menyebarkan gosip buruk tentang Park Moo Bin di tempat kerja P. Moo Bin itu sendiri hahaha, memang bernas dan kreatif idea dia tu. Selain itu scene ketika Ko Dong Man dan musuh tradisinya iaitu Kim Tak Soo berlawan dalam pertandingan UFC itu juga suspen dan mendebarkan, terutamanya apabila kedua - dua mereka cedera. Secara keseluruhannya, best juga layan drama ini, drama ini bermula dengan baik di peringkat awalnya, namun di peringkat pertengahan, jalan cerita menjadi sedikit bosan, sebelum kembali menjadi menarik semula. Scene - scene tentang mak Ae Ra yang tiba - tiba muncul tu pun tak penting sangat bagi aku, kalau diorang tak fokus tentang isu mak Ae Ra tu pun tak apa rasanya. Apa pun aku suka dengan lagu tema / OST Fight For My Way ini, sangat catchy, rancak dan sedap di dengar, aku tak sempat nak download lagi lagu tersebut. Manakala Ending Drama Korea Fight For My Way ini memang happy endinglah kan, bila Dong Man dan Ae Ra nak berkahwin. Sayangnya diorang tak tunjuk pula tentang scene majlis perkahwinan diorang, kalau ada scene diorang kahwin, baru lagi sweet betul tak, lepas itu Joo Man dan Seol Hee pula jadi pengapit diorang hahaha..
Drama Korea, Korean Drama, Fight For My Way, Review, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Sinopsis, My Feeling, My Opinion, Sweet, Romantik Komedi, Cinta, Sahabat, First Love, Pelakon, Park Seo Joon, Kim Ji Won, Ahn Jae Hong, Song Ha Yoon, Lee Elijah, Choi Woo Sik, Kim Sung Oh, Jin Hee Kyung, Kim Gun Woo,
Apa pun drama ini memang menghiburkan, sweet, kelakar, ada juga scene - scene sedih, namun akhirnya tetap happy ending. Aku bagi 7.8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca ini juga ➔Hot Icon, Animated Icon, Cute Icon, Ketahui Rahsia & Teknik Untuk Berniaga Di Facebook Dengan Berkesan dan Menguntungkan!
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Lama tak tengok drama korea.. Cam best je drama nie..

    BalasPadam
  2. dah lama tak layan citer korea...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari esok. Gud luck.

    - Mia Liana

    BalasPadam
  3. artiss koreaaa ni kiut miut. hehe

    BalasPadam
  4. Tgh layan cerita ni, mmg best 👍👍

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017