-->

30 Ogo 2017

Final Bola Sepak Sukan SEA KL2017 - Thailand Menang

Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Final Bola Sepak Sukan Sea KL2017 Dimenangi Thailand

Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tak menyebelahi Malaysia di perlawanan akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila kalah tipis dengan Thailand 1 - 0. Lebih ironinya apabila gol kemenangan Thailand sebenarnya dijaringkan secara tak sengaja oleh penjaga Gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli. Tak dinafikan ada yang menyalahkan penjaga gol malaysia tersebut tapi kesian juga pada Haziq itu sebab dia tak sengaja, malah dia juga telah banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia dari dibolosi lebih banyak gol dari Thailand. Tiada rezeki Malaysia untuk menang pingat Emas dan hanya dapat pingat perak. Manakala Indonesia mendapat pingat Gangsa. Berbalik pada perlawanan MAS VS THAI ini dapat dilihat Thailand banyak melancarkan serangan berbahaya di pintu Gol Malaysia, memang mendebarkan. Malah Malaysia juga mempunyai beberapa peluang untuk mendapatkan gol tapi asyik tak masuk sebab kena palang gol dan sebagainya hehehe. Apa pun Malaysia dah berusaha sebaik mungkin dan tahniah buat Thailand. Tahniah juga buat Team Malaysia kerana berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
                                Final, Sukan, Perlawanan Akhir, Bola Sepak, Lelaki, SEA GAMES, Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017, KL2017, Gol, Gawang, Pintu Gol, Thailand Menang,Pingat Emas, Malaysia, Pingat Perak, Indonesia, Pingat Gangsa, Jaringan Gol, Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli, Kalah,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017