-->

12 Ogo 2017

Siri Filem Death Note Dari Dulu Hingga Terkini (Japanese Movie)

Death Note, 2006, Death Note 1, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Asaka Seto, Yuu Kashii, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Siri Filem Death Note Yang Dulu Hingga Terkini (Death Note 1 - Light /Kira VS L)

Assalammualaikum..
Baru - baru ini aku ada menonton filem Jepun yang popular berjudul Death Note, lagipun Death Note ini akan diadaptasikan menjadi english Film kan, so better aku tengok yang original version dulu hehe. Ikutkan filem Death Note 1 ini dah lama release iaitu pada tahun 2006, baru sekarang aku menontonnya hehehe. Wow tak sangka best juga, aku ini jarang menonton Japanese Movie ni, sebelum ini pernahlah tengok filem Jepun dan terus tersuka dengan hero cerita itu iaitu Mizobata Junpei, sekarang ni suka pula tengok lakonan L dan Light Yagami / Kira dalam filem Death Note 1 ni. Death Note 1 ini dilakonkan oleh Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Asaka Seto, Yuu Kashii dan ramai lagi. Dalam filem ini korang boleh tengok bagaimana Light mendapat Buku Death Note itu dan kemudian dia menjadi Kira dan menghukum semua orang jahat. Namun setiap owner Death Note ini pastinya akan berubah jadi kejam apabila Light pada awalnya ingin menghukum orang jahat kemudiannya turut mengorbankan orang yang tak bersalah. Scene Light bertemu L buat pertama kalinya juga menarik, agak terkejut juga bila Light sanggup mengorbankan kekasihnya Shiori untuk mati. Ending Death Note berakhir dengan Misa Amane menerima buku Death Note yang kedua.
Death Note, 2006, Death Note 2 : Last Name, Death Note 2, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Ryuk, Remo, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note 2, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note 2 : The Last Name

Death Note 2 : Last Name masih mengekalkan pelakon yang sama serta pertambahan beberapa watak dan filem ini turut release pada tahun 2006. Aku bukan penggemar komik, manga mahupun anime, jadi aku memang hanya menonton versi filem saja dan aku memang terhibur dengan filem Death Note 1 dan 2 ini. Apa pun filem Death Note 2 : The Last Name pastinya lebih suspen kan, bila Misa kini menjadi second Kira dan turut join Light dalam misinya untuk membunuh L. Light tidak tahu nama sebenar L membuatkan dirinya tidak dapat membunuh L. Light sengaja mengaturkan perjumpaan L, Misa Amane dan dirinya sendiri untuk memberi peluang pada Misa untuk mengetahui nama sebenar L. Namun segala perancangan Light tidak menjadi kenyataan bila L akhirnya menahan Misa kemudian mengurungnya di suatu tempat. Aku suka dengan keyakinan L bila dia memang yakin dari awal lagi yang Light adalah Kira namun dia tidak ada bukti. Manakala Light pula sudah menjangka segala kemungkinan dan telah membuat rancangan rapi. Banyak benda yang terjadi sampailah Watari yang merupakan orang yang disayangi L mati. Light juga cuba membunuh bapanya sendiri menggunakan Death Note itu tapi tak berjaya kerana L telah menukar Death Note asal dengan yang palsu. Light juga tidak dapat membunuh L, kerana L sendiri telah menulis namanya sendiri serta tarikh kematiannya pada 23 hari kemudiannya di Buku Death Note itu. Ending Death Note 2 : Last Name sangat sedih okey, bila Light Yagami / Kira akhirnya mati begitu juga L selepas 23 hari kemudian.
Death Note Spin Off, L Change The World,  2008, Japanese Movie, Filem Jepun, Misteri, Seram, L, Ryuzaki, Lawliet, Light Yagami, Kira, Ryuk, Watari, Misa Amane, Senarai Pelakon Filem Death Note 2, Pelakon,  Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Erika Toda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note Spin Off : L Change The World

Selepas filem Death Note 1 & 2, watak L yang dilakonkan oleh Kenichi Matsuyama sememangnya disukai oleh ramai penonton, personalitinya yang unik membuatkan L disukai dan akhirnya ada filem khas untuk L yang mengkhususkan tentang watak L dan apa yang berlaku dalam 23 hari sebelum kematiannya. L memang unik habis, dari gaya duduknya, serta cara dia menaip dalam laptop / komputer, gaya berdirinya yang sedikit bongkok, serta corak pemakanannya yang gemarkan makanan manis namun stil kurus hahaha serta suka memakai baju berwarna putih. Dalam filem ini korang dapat tengok L terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya sekaligus terpaksa menjaga 2 kanak - kanak hahaha, seorang lelaki dan seorang perempuan. Korang juga dapat tengok gelagat L naik tren, naik basikal, berlari, melompat, serta part paling best bila L berdiri tegak hahaha. Dalam filem ini diperkenalkan juga watak Near yang merupakan kanak - kanak lelaki yang dijaga L itu. Walaubagaimanapun jalan cerita filem ini yang memfokuskan tentang penyebaran Virus, Antidote dan sebagainya itu sangat boring okey, rasanya semua tengok filem ini sebab L je dan filem ini release pada tahun 2008.
Death Note : New Generation, Sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name, Prequel kepada filem Death Note : Light Up The New World, Prequel Death Note 2016, 3 Watak Baru, Tsukuru Mishima, Yuki Shien, Ryuzaki, Ryuzaki Pengganti L, Pelakon, Masahiro Higashide, Sosuke Ikematsu, Masaki Suda, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Death Note : New Generation (Mini Series 3 episode)

Death Note : New Generation adalah mini drama yang mempunyai 3 episod dan setiap episod hanya berdurasi 20 minit saja. Kiranya kalau campur kesemua episod, ianya cukup 1 jam. Mini drama Death Note : New Generation ini adalah sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name dan juga merupakan Prequel kepada filem Death Note terbaru yang release pada tahun 2016 yang bertajuk Death Note: Light Up The New World. Jadi disarankan korang untuk menonton mini drama ini terlebih dahulu sebelum korang menonton filem terbaru Death Note (2016) itu. Seperti korang tahu Light Yagami dan L telah mati dalam filem yang terdahulu, maka dalam mini drama ini diperkenalkan 3 watak baru yang akan menghidupkan jalan cerita Filem Death Note yang terbaru. 3 watak tersebut adalah Tsukuru Mishima yang merupakan leader of the death note task force yang dilakonkan oleh Masahiro Higashide, Watak baru yang kedua adalah Ryuzaki yang merupakan Pengganti Original kepada L yang dilakonkan oleh Sosuke Ikematsu. Akhir sekali adalah watak Yuki Shien yang merupakan cyber terrorist yang memuja dan menyanjung Kira / Light Yagami. Watak Yuki Shien ini dilakonkan oleh Masaki Suda
Death Note : Light Up The New World (2016), Filem Jepun, Japanese Movie,  Death Note : New Generation,  Sequel kepada Filem Death Note 2 : Last Name, Misa Amane, Light Yagami, L, 3 Watak Utama Baru, Tsukuru Mishima, Yuki Shien, Ryuzaki, Ryuzaki Pengganti L, Senarai Pelakon Filem Death Note Light Up The New World (2016), Pelakon, Masahiro Higashide, Sosuke Ikematsu, Masaki Suda, Erika Toda, Sota Aoyama, Ryuk, Beppo, Arma, Tatsuya Fujiwara, Kenichi Matsuyama, Death Note 2016, Misteri, Horror, Seram, Ending, Sinopsis, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Neo Kira,
Death Note : Light Up The New World (2016)

Filem Death Note : Light Up The New World adalah filem terbaru siri Death Note ini yang release pada tahun 2016 yang lalu. Mengekalkan pelakon yang sama seperti dalam Drama Death Note : New Generation itu serta pertambahan beberapa watak. Terdapat 2 watak dari filem terdahulu yang turut muncul dalam filem ini seperti Misa Amane yang dilakonkan oleh Erika Toda dan juga Tota Matsuda yang dilakonkan oleh Sota Aoyama yang merupakan detektif yang pernah menyiasat kes Kira bersama L pada 10 tahun yang lalu. Selain itu Tatsuya Fujiwara dan Kenichi Matsuyama yang melakonkan watak Light Yagami / Kira dan juga L turut jadi cameo dalam filem ini, namun scene diorang sikit sangat okey. Tak puas dan rasa kehilangan gitu bila L dan Light / Kira tiada dalam banyak scene dalam filem ini sebab watak diorang dah mati kan, jadi dalam filem ini kalau ada diorang pun untuk scene - scene flashback dan lain - lain lagi. Jalan cerita filem ini memfokuskan tentang persaingan antara Yuki Shien dan juga Tsukuru Mishima serta Ryuzaki dalam merebut dan mengumpulkan kesemua 6 Buku Death Note yang ada di bumi. 4 buku Death Note ada pada Yuki Shien serta 1 buku ada pada Ryuzaki yang tidak pernah digunakannya dan 1 buku lagi ada pada polis yang diketuai oleh Mishima. Yuki Shien awalnya mempercayai yang dirinya telah dipilih oleh Light / Kira untuk menjadi Next Kira atau Neo Kira. Namun Misa Amane telah menyakinkan dirinya yang Light / Original Kira telah mati dan membuatkan Yuki ingin membunuh Neo Kira yang sebenarnya.

Akhirnya di penghujung filem ini, Yuki, Ryuzaki dan Mishima bertemu dan merungkai segala persoalan tentang siapakah sebenarnya Neo Kira itu. Aku tak naklah letak spoiler tentang ending Death Note : Light Up The New World ini, apa pun korang kena tengok sendirilah filem ini nanti ye hehehe. Apa pun pastikan korang tengok filem ini sampai habis credit ye, sebab lepas credit itu akan muncul Light / Kira yang original itu hahaha. Ada juga Death Note versi drama 11 episod yang disiarkan pada tahun 2015 tapi aku tak tengok lagilah yang versi drama tu.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017