-->

28 Ogo 2017

Review Drama Korea Suspicious Partner

Drama Korea, Korean Drama, Suspicious Partner, Korean Artist, Korean Style, Review, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Prosecutor, Lawyer, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Misteri, Jenayah, Ending, My Opinion, Senarai Pelakon Drama Suspicious Partner, Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa,
Suspicious Partner - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ini aku nak buat Review tentang Drama Korea yang bertajuk Suspicious Partner, yang dilakonkan oleh Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan pada 10 Mei yang lalu dan berakhir pada 13 Julai 2017, selain itu drama Suspicious Partner ini disiarkan bagi menggantikan drama Saimdang Light's Diary dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Reunited Worlds. Ini juga adalah drama pertama yang aku tonton, yang mana drama ini sepatutnya mempunyai 20 episod, namun durasi masa dalam satu episod telah dikurangkan menjadi setengah jam saja berbanding satu jam sebelum ini untuk setiap episod. Ini bermakna drama 20 episod ini telah dipecahkan menjadi 40 episod kesemuanya kerana setiap episod hanya setengah jam saja. Agak tak berapa best juga bila diorang pecah dan bahagikan setiap episod seperti itu, sebab dah biasa tengok drama Korea dalam tempoh 1 jam lamanya tanpa henti. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama best seperti Protect The Boss, Hello Monster dan lain - lain lagi. Pelakon Lee Sung Kyung dan Han Ji Min telah ditawarkan watak heroin drama ini terlebih dahulu namun mereka menolak dan akhirnya watak Eun Bong Hee itu menjadi milik Nam Ji Hyun.
Drama Korea, Korean Drama, Suspicious Partner, Korean Artist, Korean Style, Review, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Prosecutor, Lawyer, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Misteri, Jenayah, Ending, My Opinion, Senarai Pelakon Drama Suspicious Partner, Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa,
Ji Chang Wook dan Nam Ji Hyun dah pernah bergandingan sebelum ini iaitu dalam drama Warrior Baek Dong Soo. Ini juga adalah kali kedua aku melihat lakonan Nam Ji Hyun, sebelum ini aku ada menonton dramanya yang bertajuk Shopping King Louis. Ramai penonton yang excited nak menonton drama ini sebab ada Ji Chang Wook kot hahaha, sebelum ini dia selalu berlakon dalam drama yang bergenre aksi seperti Healer, K2 dan lain - lain lagi, namun dalam drama ini tak banyak aksi kerana melibatkan peguam, pendakwaraya dan mahkamah. Pelakon Choi Tae Joon melakonkan watak yang baik serta happy go lucky dalam drama ini berbeza dengan wataknya yang jahat dalam drama Missing 9 sebelum ini. Apa pun agak terkejut melihat pelakon veteran Lee Deok Hwa membawakan watak baik, kelakar dan sporting dalam drama ini, sebab dia sememangnya dah terkenal dan sinonim dengan watak - watak jahat dalam drama - drama lakonannya yang terdahulu. Selain itu tak sangka juga pelakon Dong Ha yang sebelum ini membawa watak anak orang kaya yang nakal dan memberontak dan kemudian berubah menjadi baik dalam drama popular Chief Kim / Good Manager boleh membawa watak pembunuh bersiri dalam drama Suspicious Partner ini dengan jayanya.
Drama Korea, Korean Drama, Suspicious Partner, Korean Artist, Korean Style, Review, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Prosecutor, Lawyer, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Misteri, Jenayah, Ending, My Opinion, Senarai Pelakon Drama Suspicious Partner, Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa,
Pada pendapat aku, drama Suspicious Partner ini bermula dengan baik di awal cerita hinggalah ke pertengahan cerita sebab ianya dipenuhi dengan misteri dan suspen. Aku suka melihat perubahan yang berlaku pada Eun Bong Hee yang merupakan seorang peguam yang baik sebelum dituduh menjadi pembunuh kepada bekas kekasihnya iaitu Jang Hee Joon dan menjadi banduan di penjara. Namun dirinya bebas apabila Pendakwaraya No Ji Wook membantunya. Selain itu aku suka juga scene Ji Eun Hyuk yang selalu busy body dan mengambil berat tentang No Ji Wook, walaupun No Ji Wook melayannya dengan kasar tapi dia tetap bersabar kerana dia tahu dia bersalah pada Ji Wook kerana menjadi punca kepada perpisahan Ji Wook dan Cha Yoo Jung. Antara scene menarik yang paling aku suka dalam drama ini adalah ketika mereka semua bekerja bersama - sama di rumah No Ji Wook, part paling kelakar bila diorang mesyuarat beramai - ramai, sebab mesyuarat tersebut akan bertukar dari serius menjadi huru hara disebabkan perangai masing - masing yang suka merapu dan membebel hahaha dan hal ini sering kali membuatkan No Ji Wook sering marah dan membatalkan mesyuarat berkenaan. Lebih kelakar hal ini akan sentiasa berlaku dan membuatkan No Ji Wook stress, marah dan cancel meeting tersebut.
Drama Korea, Korean Drama, Suspicious Partner, Korean Artist, Korean Style, Review, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Prosecutor, Lawyer, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Misteri, Jenayah, Ending, My Opinion, Senarai Pelakon Drama Suspicious Partner, Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa,
Selain itu aku juga suka tengok watak jahat dalam drama ini iaitu Jung Hyun Soo yang pandai berpura - pura menjadi baik. Tiap kali dia berpura - pura jadi baik tu memang nampak comel dan adorable sebab dia akan sentiasa tersenyum namun siapa sangka dia adalah pembunuh bersiri. Walaubagaimanapun, bermula di pertengahan cerita drama ini, ianya mula menjadi sedikit boring, malah bila Eun Bong Hee dah bercinta dengan No Ji Wook pun masih juga membosankan sebab diorang ni kejap baik, kejap putus, kemudian baik balik, pengulangan ini membuatkan aku macam bosan. Sayangnya sebab drama ini start dengan baik sekali sampai aku sendiri pun tak sabar nak tengok episod seterusnya. Namun di pertengahan cerita, momentum drama ini dah menurun dan aku juga tidak begitu excited untuk menonton episod yang seterusnya. Sampai di hujung - hujung episod drama ini pun, aku hanya membaca sinopsis penuh serta recap drama ini yang dibuat oleh blogger lain. Lagi pun macam sayang juga nak drop drama ini sebab aku dah menonton separuh jalan ceritanya, jadi kenalah tahu apa yang terjadi di penghujungnya, maka aku putuskan untuk membaca recap saja.
Drama Korea, Korean Drama, Suspicious Partner, Korean Artist, Korean Style, Review, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Prosecutor, Lawyer, Mahkamah, Peguam, Pendakwaraya, Misteri, Jenayah, Ending, My Opinion, Senarai Pelakon Drama Suspicious Partner, Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon, Nara, Lee Deok Hwa, Jang Hyuk Jin, Kim Ye Won, Dong Ha, Kim Hong Fa,
Apa pun ini pendapat aku saja, sebab ada je penonton lain yang suka betul dengan drama ini, ikut minat masing - masinglah kan hehe. Ending drama Suspicious Partner ini memang happy endinglah kan, bila semua watak jahat dapat pembalasan yang sewajarnya. Malah Eun Bong Hee dan No Ji Wook juga semakin bahagia, No Ji Wook juga dah dapat kerja asalnya semula iaitu sebagai Prosecutor yang sangat tegas. Apa pun aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. alahai melting tengok hero.. da siap download tp bila tah nak mula tengok..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017