-->

20 Ogo 2017

Sinopsis Telemovie Mat So'od (Astro Citra)

Telefilem, Telemovie, Mat So'od, Arahan Melissa Saila, Senarai Pelakon Telemovie Mat So'od, Pelakon, Khir Rahman, Siti Saleha, Harun Hashim, Lydiawati, Penglipurlara, Penghibur, Tukang Cerita, Astro Citra,
Sinopsis Telemovie Mat So'od (Astro Citra)

Assalammualaikum..
Sabtu lepas aku ada tengok Telemovie Mat So'od yang disiarkan di Astro Citra lakonan Khir Rahman, Siti Saleha, Harun Hashim, Lydiawati dan ramai lagi. Menarik juga jalan ceritanya sebab lain dari yang lain gitu dan unik. Telemovie Mat So'od ini diarahkan oleh Melissa Saila dan diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Antara keunikkan telemovie ini apabila menggunakan lagu latar yang best serta jarang - jarang di dengar. Selain itu aku suka dengan watak Siti Saleha iaitu sebagai Samsiah yang sentiasa ceria dan sangat positif dalam hidupnya berbanding Mat So'od yang sentiasa muram dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada Samsiah. Part paling best bila Samsiah ni suka benar berpantun dan akan menyuruh Mat So'od untuk membalas pantunnya itu. Sebenarnya aku suka menonton telemovie - telemovie yang diarahkan oleh Melissa Saila ini sebab jalan ceritanya yang unik serta sedikit klasik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Mat So'od (Astro Citra)

Mengisahkan Mat So'od yang merupakan seorang penglipurlara di kampungnya, orang kampung sentiasa suka dan terhibur mendengar cerita - cerita yang disampaikan oleh Mat So'od ini. Malah Mat So'od ini juga boleh menyanyi dengan baik sekali. Mat So'od kelihatan sangat gembira ketika menyampaikan segala ceritanya itu, namun setelah selesai, dirinya akan kembali pada Mat So'od yang asal yang sering monyok, muram, masam, sedih dan tidak pernah tersenyum kecuali ketika dia menghiburkan orang ramai dengan cerita - ceritanya itu. Samsiah merupakan kekasih Mat So'od, dirinya sentiasa memberikan semangat padanya dan ingin berkahwin dengan Mat So'od itu. Ibu bapa Samsiah sedikit bimbang dengan perangai Mat So'od yang sentiasa bermuram itu dan risau jika anak mereka tidak bahagia dengan Mat So'od itu nanti. Namun mereka akhirnya akur dan mengahwinkan Samsiah dengan Mat So'od. Manakala Mat So'od pula merasakan dirinya tidak layak untuk Samsiah namun akhirnya mereka berkahwin. Pada suatu hari ayam yang dipelihara oleh Mat So'od di rumah terlepas dan akhirnya mencakar mata Samsiah lalu Samsiah menjadi buta.

Selepas kejadian itu Mat So'od menjadi semakin sedih dan terus - terusan menyalahkan dirinya yang menyebabkan Samsiah menjadi buta. Berbeza dengan Samsiah yang masih positif dan redha dengan kejadian yang menimpa dirinya itu. Mat So'od kemudiannya sering ke hospital untuk mencari jalan bagi mengubati mata Samsiah itu. Akhirnya mata Samsiah berjaya diubati dan dirinya dapat melihat semula. Walaubagaimanapun Samsiah terkejut bila mendapat tahu yang Mat So'od telah berkorban demi dirinya dan Mat So'od pula kelihatan gembira kerana dapat melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidupnya itu.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

13 ulasan:

  1. Mesti best cerita ni Kan.. jln cerita mmg best ni

    BalasPadam
  2. Drama Melayu Paling Bestttt Mengasyikkn..

    BalasPadam
  3. Tau x selain seloka pak kaduk, lagu jawa yg sood nyanyikan tu apa tajuknya ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry, saya pun tak tau apa tajuk lagu tu..

      Padam
    2. Stasiun Balapan - Didi Kempot..layan lagu ni..

      Padam
  4. Ya. Suka tebgok karya Melissa Saila.
    Unik. Mata Samsiah buta sebab kena taik ayam 😜.

    Ada lagi cerita dia yang yang best : Kampung Semarah Padi & Kampung Kuala Lambat.

    BalasPadam
  5. Malisa saila n megat drama dorg berhantu...cerita kelakar je pun... Tapi dia punya kacau perasaan... Respectla

    BalasPadam
  6. Tahniah Malisa Saila. Jalan cerita drama yg hebat.. Terus google Khir Rahman, tercari2 lagu jawa yang sedap tu. (walaupun tidak faham maknanya). Drama ini teringat saya akan Allahyarham P.Ramli.

    BalasPadam
  7. Hebat karya anda. .Mmg asyikkk

    BalasPadam
  8. Sedang menonton ulangannyasekatang diAstro Citra. Benar2 memukau pelakun, jalan cerita dan lokasi rumah2 nya. Kelakar gak.bila Abg Harun Hashim nikahkn Mat Sood. Paling kelakar bila Sal buta dek ayam Mat Sood. hahahaha... Memang Hebatlah karya ini.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017