-->

31 Ogo 2017

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi (Akasia TV3)

Drama Melayu, Meh Sandar Lagi, Sinopsis, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Daler Yusuf, Tony Eusoff, Azri Iskandar, Fendi Seman, OST Meh Sandar Lagi, Sequel, Drama Meh Sandar Pada Aku,
Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Meh Sandar Lagi adalah drama terbaru di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang telah tamat episodnya. Drama Meh Sandar lagi ini juga adalah sekuel dan juga sambunhan kepada Drama Meh Sandar Pada Aku yang sebelum ini pernah disiarkan di Slot Dahlia TV3. Masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Aliff Aziz dan juga Mira Filzah serta dibantu oleh Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin, Daler Yusuf, Tony Eusoff, Fendi Seman, Azri Iskandar dan ramai lagi. Walaubagaimanapun Drama Meh Sandar Lagi ini hanya mempunyai 8 episod saja, ini bermakna drama ini akan bersiaran selama 2 minggu saja sebelum diganti dengan drama lain pula. Selain itu drama ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.

Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi Slot Akasia TV3

Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka. Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu. Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

Lagu Tema / OST Meh Sandar Lagi

⏩ Tak Perlu Ragu Nyanyian Dato Siti Nurhaliza
⏩ Sandar Padaku Aliff Aziz & Mira Filzah
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Drama buat buat cute ye. hehe. Banyak fantasi dari realiti dalam bercinta

    BalasPadam
  2. Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60

    Assalamualaikum dan selamat pagi sis mulan. Drama ni tengah main kat tv eh

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017