-->

12 Feb 2018

Lagu Jampi Menang AJL32

Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32)

Rasanya ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu Ke -32 / AJL32 semalam kan?. Tahniah buat Hael Husaini kerana lagu nyanyiannya dan juga lagu ciptaannya menang besar semalam. Rasanya semua finalis AJL32 memberikan persembahan yang terbaik, vokal semua memang mantap - mantap. Apa pun agak kesian juga pada Ara Johari kerana tidak sihat pada hari pertandingan, jadi memang kelihatan jelas suaranya serak dan pecah tapi still maintain menyanyi. Aku juga susah nak ramal siapa yang akan menang Anugerah Vokal Terbaik itu sebab calon pemenang memang ramai hahaha. Aku rasa antara vokal yang paling memukau untuk AJL32 ini adalah Dayang Nurfaizah, Salma, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini dan ramai lagi. Tapi ternyata tuah memihak pada gandingan Syamel dan Ernie Zakri untuk lagu Aku Cinta. Aku juga dengan persembahan Stacy yang membuat persembahan pembukaan AJL32 dengan lagu - lagu popularnya seperti lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Bagi aku persembahan lagu - lagu Pop Yeh Yeh yang disampaikan oleh Dato A Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah dan Dato Jeffrydin memang best giler hahaha, memang penonton dekat stadium tu pun layan habis siap bergoyang sekali dan menari hahaha.
Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Memang sekali sekala dengar lagu Pop Yeh Yeh ni boleh buat rasa terhibur gitu, idea TV3 nak selitkan lagu Pop Yeh Yeh ini memang terbaik, malah pemilihan penyanyi pun best. Pujian juga buat Hos AJL32 ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al -Hadad yang serasi, spontan, best dan lawak. Apa pun jom tengok Senarai Pemenang AJL32 di bawah ini okey. Tahniah buat semua pemenang.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (AJL32)

Juara Anugerah Juara Lagu Ke - 32 #AJL32
- Jampi (Hael Husaini)

Tempat Kedua AJL32
- Sejati (Azmi Caliph Buskers)

Tempat Ketiga AJL32
- Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Vokal Terbaik AJL32
- Syamel dan Ernie Zakri (Aku Cinta)

Persembahan Terbaik AJL32 Pilihan Penonton
- Altimet (Amboi)

Penyanyi Pilihan Samsung
- Khai Bahar
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017